Saya guna pati ros Amina. Wangi bau pati ros tersebut menjadikan apam nie lagi sedap
APAM
BERAS
Sumber: Kelas masakan
BWY
BAHAN-BAHANNYA
Bahan Tapai
Nasi
250gm nasi – yang dimasak
dan disejukkan
1 tsp ragi – dihancurkan (Kurangkan ragi kepada 1/2 tsp
sahaja)
2 tsp gula
1 ½ tsp
air
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan hingga
sebati, masukkan kedalam bekas kedap udara dan tutup dengan kain bersih
dan perap selama 48 jam (2 malam)
Bahan
Apam
1 paket tepung beras (500gm) guna
CAP GAJAH TUNGGAL
270gm tapai nasi
3 cawan air
2 cawan
gula caster (Kurangkan gula
caster kepada 1 1/2 cawan, gula pasir = 1
cawan)
1 tsp yis (Masukkan yis wp anda perap lebih 6
jam)
2 tsp ENO ( 1 tsp Eno = 1 bungkus Eno. Guna Eno yang
paket biru)
CARA-CARANYA
- Kisar tapai dengan 1 cawan air (lebih mudah jika gula di masukkan sekali)
- Satukan tepung dan gula
- Masukkan tapai kisar dan baki 2 cawan air, gaul sebati
- Masukkan dalam bekas yang bertutup.
- Perap selama 6 jam, semasa hendak kukus baru masukkan ENO
- Masukkan penuh acuan dan kukus dengan api yang kuat selama 15 minit (acuan seelok2nya disapukan minyak terlebih dahulu) (Acuan tidak perlu disapukan minyak kerana ia akan menyebabkan apam naik tidak sama rata)
- Jika pengukus anda kecil bahagikan adunan kepada 2 dan masukkan 1 tsp ENO setiap satu.
Catatan:-
-
Jam 5.30 pagi tadi saya bangun untuk mengukus Apam. Apabila saya membuka bekas perapan saya lihat bancuhan tidak begitu berbuih dan naik berganda dari bancuhan asal. Ini berlainan dengan apa yang mak saya buat.
-
Resepi nie OK dan menjadi....tidak rugi kalau mencuba. Apam sedap, lembut dan gebu tapi saya sudah terbiasa makan yang mak saya buat maka saya rasa ada kekurangan pada resepi ini.
-
Pagi tadi saya terus telefon emak dan memberitahu yang saya cuba buat apam beras tapi tak selembut yang mak buat. Apam yang mak saya buat sangat lembut dan gebu. Apam jugak tidak merekah.
-
Oleh itu secara kesimpulannya resepi diatas memang ok cuma yis tetap harus dimasukkan wp perap selama 6 jam. Itu pesan mak saya.
-
Gula Castor harus dikurangkan kepada 1 1/2 cawan. kalau guna pasir guna sukatan 1 cawan sahaja.
-
Sebungkus eno bersamaan dengan 1 tsp so dalam resepi nie kena guna 2 bungkus Eno. saya cuma guna 1 bungkus sbb tu kurang menjadi.
-
Eno yang digunakan adalah eno paket biru.
-
Acuan jangan disapu minyak sbb akan menyebabkan adunan naik tidak rata @ senget sebelah.
0 comments:
Post a Comment