Hidangan simple yang saya
buat sebagai bekalan hari khamis minggu lepas. oleh kerana saya pulang
kerumah jam 8.30 malam dan tiada masa untuk prepare hidangan yang canggih2
so hidangan simple begini yang selalu saya buat. Saya akan beli beberapa
ketul dada ayam, basuh bersih dan dibubuh garam dan kunyit secukupnya.
Masukkan dalam plastik penyimpan dan simpan dalam peti. Esok pagi hanya
panggang sementara kita bersiap hendak pergi kerja. kan senang. Tak sampai
30 minit saya telah siapkan bekalan makan tengahhari....saya makan dengan
roti wholemeal dan salad.
Dada ayam yang telah dikelar dimasukkan bawang putih dan
letakkan sedikit butter diatasnya.
Ia tidak nampak garing tapi ia sangat juicy
Ayam panggang kunyit
Bahan-bahannya:-
1 ketul dada ayam- dibersihkan dan dikelar sedikit
sedikit garam
sedikit kunyit
3 ketul bawang putih- diketuk
sedikit butter
Cara-caranya:-
- Keluarkan ayam yang telah diletakkan garam dan kunyit
- Ketuk bawang putih dan letakkan bawang dicelah kelaran yang telah dibuat
- Letakkan sedikt butter diatasnya
- Panggang dalam oven selama 25 minit sahaja dengan kepanasan oven 200 c
- Setelah masak, angkat
- Ia mungkin nampak tidak garing tapi isi ayam telah masak dan juicy
- Potong isi ayam memanjang dan letakkan diatas roti sandwish.
Note:-
Saya memasukkan ayam panggang yang telah dihiris tadi kedalam bekas tahan panas dan apabila tengahari saya baru letakkan atas sandwish bersama salad. So saya makan sandwish yang masih panas.
0 comments:
Post a Comment