Berat badan saya dah naik
Berpindah ke bangunan
baru, tempat makan yang baru membuatkan saya malas hendak turun untuk makan
tengahhari. Sejak seminggu lepas saya lebih selesa membawa bekalan sendiri
tambahan pula sekarang saya cuba untuk mengurangkan berat badan. Gambar yang
diambil semasa di Bandung memberikan 'signal' bahawa saya menghadapi masalah
besar. Seluar dah ketat sehingga saya terpaksa membeli seluar baru. Kebaya
nie saya buat dalam tahun 2007 tapi sekarang nak masuk kebadan pun dah tak
muat. Sekarang saya gantung di depan pintu bilik supaya saya sentiasa sedar
apa yang telah saya buat keatas diri
saya.
Akhir tahun 2006,
saya telah membayar RM2,625 untuk 25 sesi khidmat personal trainer di gym.
Penat lelah saya selama 4 bulan, saya berjaya turunkan 10kg. Dalam tahun
2008, saya 'rosakkan' semua ini apabila saya berkursus 4 bulan di hotel.
Berat badan saya mula naik sedikit demi sedikit tanpa saya sedar. Selepas
melihat gambar saya di Bandung dan saya baru tersedar yang berat badan saya
telah naik lebih 10 kg. Kini berat badan saya melebihi berat badan sebelum
saya mengambil personal trainer.
Lokasi bangunan baru yang
terletak hampir dengan gym, membolehkan saya singgah pada setiap petang
selepas waktu pejabat. Akibat terlalu menekan diri sejak seminggu lalu saya
mengalami kecerderaan lutut. Semalam bekas personal trainer saya memerhati
saya ketika saya berada di kelas Body Step dimana saya asyik memegang lutut
sebab lutut saya terlalu sakit tapi saya memaksa diri meneruskan excersice
sehingga kelas tamat. keluar dari kelas, dia datang dekat dengan saya dan
meminta supaya saya balik dan meletakkan ais di lutut. Jika tidak saya tidak
boleh berlatih selama sebulan jika dibiarkan.
Memang mujarab
petua tu, saya beli air batu dan masukkan dalam tower dan letakkan disekitar
lutut yang sakit. Pagi nie saya berehat dan tidak ke gym supaya lutut saya
sembuh kembali.
0 comments:
Post a Comment