Murtabak makaroni dibuat pada
petang tadi. Ada lebihan doh roti canai yang saya simpan untuk dibuat
murtabak makaroni. Oleh kerana hanya tinggal 6 biji doh roti canai yang
seberat 50gm setiap satu, maka saya buat 1/4 daripada bahan-bahan resepi
dibawah. Bahan-bahan resepi ini untuk 1kg tepung gandum, jika anda buat 1/2
kg maka bahagikan 1/2 bahan2 ini. Murtabak nie sedap, tak rugi anda cuba.
Saya tidak suka cuka so saya tak buat onion pickles tapi saya masukkan juga
resepi onion pickles untuk anda.
MURTABAK MACARONI
Sumber: kelas masakan BWY
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
100ml minyak - untuk menumis
1 pkt rempah 4 beradik (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)
10gm cili kisar
1 inci halia - dimesin
20gm bawang putih - dimesin
70gm bawang merah - dimesin
10 helai daun kari
40gm serbuk kari ayam/daging + kurma +100ml air = cairkan
Bahan B
300gm isi ayam (dihiris kecil)
500gm mix vegetable (saya hanya guna karot yg dipotong dadu)
150gm bawang besar - dipotong dadu
100ml air - untuk dicampur jika filling pekat
2 tangkai daun sup
sedikit garam, gula
Bahan C
200gm macaroni - direbus hingga masak
10 biji telur
Bahan D
Doh roti canai secukupnya (seberat lebih kurang 50gm setiap satu)
CARA-CARANYA:-
- Tumis bahan A sehingga naik bau dan wangi
- Masukkan bahan B kecuali daun sup dan perasa. Masak sehingga semua bahan masak dan jika pekat masukkan sedikit air. jangan sampai terlalu berair sangat.
- Masukkan daun sup dan bahan perasa, masak hingga pekat.
- Sejukkan dahulu.
-
Apabila telah sejuk, masukkan macaroni dan masukkan telur yang telah dipukul sedikit.
-
Alas pasment paper dalam loyang. Masukkan adunan kedalam loyang (untuk adunan ini guna loyang 10 x 10 x 2)
-
Bakar didalam oven selama 1/2 jam 180C (ini sbb adunan ini tebal, kalau mcm saya buat 1/4 drp bhn2 diatas, saya bakar dalam 15 minit saja @ sehingga telur keras. jgn keras sangat, x sedap)
- Apabila masak, potong dan letakkan diatas kulit roti canai.
- Goreng sehingga masak (goreng dengan minyak yang sedikit sahaja mcm roti canai jugak)
- Hidangkan dengan onion pickles atau kari
Jangan lebar sangat dibukak doh roti canai mcm gambar nie, nanti tebal belah atas dan nipis kat bawahnya. Biar muat2 dengan filling je.
ONION PICKLES
Bahan-bahannya:-
1 biji bawang besar dipotong
slices
1 tsp cuka
garam dan gula secukupnya
sedikit pewarna merah
Cara-caranya:-
- Campurkan semua bahan sekaligus dan perap seketika
0 comments:
Post a Comment