Selasa 09/03/2010 jam 10.15
malam saya dan my housemate menunggu depan TV untuk melihat finale The
Biggest Loser Asia.
Inilah resultnya. David dari Indonesia telah memenangi The Biggest Loser Asia musim pertama. Inilah gambar David dahulu dan sekarang. Dahulu David mempunyai berat badan 157kg telah 'berjaya' menurunkan berat sebanyak 83kg dalam tempoh masa 5 bulan dan berat sekarang adalah 74kg.
Inilah perubahan David,
Pemenang The Biggest Loser Asia
Apa pendapat anda jika lihat
David sekarang?. Komen my housemate bila David keluar ke pentas " David dah
macam drug addict". Memalukan.....inilah hasil The Biggest Loser
Asia....kurus macam rangka, macam orang kekurangan zat makanan, berlapar
separuh mati dan kekurangan air hanya semata-mata untuk memenangi The
Biggest Loser Asia. Ketika david berjalan ke kereta yang dimenangi, David
melangkah dengan lemah dan lesu sekali....kesian sungguh bila tengok David
malam tu. David nampak macam orang tua, lemah tidak bersemangat....tiada
muscle yang nampak hasil dari excersice, kekurangan zat makanan dan air.
Inilah mesej yang hendak disampaikan oleh produser dan penaja utama Fitness
First " excersice separuh mata dan berlapar jika hendak kurus seperti
David". Saya lebih suka melihat David ketika beliau gemuk nampak ceria,
bersemangat dan hensom.
Carlos, pemenang kedua
The Biggest Loser Asia.
Ini pula Carlos, pemenang
tempat kedua. Lihat perubahan Carlos....inilah hasil yang bagus. Carlos
menampakkan sifat positif akibat excersice dan perubahan tabiat pemakanan
yang betul....inilah yang patut disampaikan oleh Fitness First sebagai
penaja utama. Sihat dan Fit adalah tujuan utama bukan kurus macam rangka
akibat berlapar dan excersice sehingga 8 jam sehari seperti yang dilakukan
oleh David.
Semalam semasa dalam kelas
Body Combat di Fitness First, instructor berkata "Anda semua menonton The
Biggest loser Asia Finale....anda juga perlu berusaha keras seperti mereka".
Saya tidak rasa itu bukan mesej yang disampaikan oleh TBLA tapi lebih kepada
' untuk kurus, anda perlu berlapar'.
0 comments:
Post a Comment