Hari khamis malam saya
terima tetamu dari Changlun Kedah. Bapa saudara saya menerima panggilan
menunaikan haji secara mengejut....nama dia dalam waiting list, so bila
ada yang tolak maka bapa saudara saya dapat. Happy sungguh pak ngah dan
mak ngah dapat ke Mekah tahun nie.....wp kegembiraan itu sedikit terganggu
apabila rumah mereka dinaiki air banjir secara mengejut sehingga
merosakkan peralatan elektrik dan barangan niaga (barang kedai runcit).
Mereka terpaksa berpindah dan duduk di masjid dan sekolah. Mujurlah tahun
sebelum ini pak ngah dan mak ngah dah pergi umrah so segala pakaian untuk
haji nie tak banyak yang perlu dibeli. dah lah dapat panggilan haji
mengejut, banjir pulak mengejut dan ditambah malang lagi anak-anak beliau
tidak dapat menghantar beliau ke Kelana Jaya sebab airasia membatalkan
penerbangan. Pak ngah dan mak ngah saya terpaksa pergi ke Kuala Perlis dan
kemudian ke Pulau Langkawi untuk menaiki penerbangan MAS disana.
Hari khamis saya terima panggilan menyatakan pak ngah dan mak ngah saya akan datang kerumah saya. So petang khamis tu saya tak pergi gym dan pergi supermarket beli beras dan sedikit barang dapur. Malam nya saya menjemput pak ngah dan mak ngah di airport. Jam 12 baru sampai rumah, tiba2 dapat call kata keluarga adik mak ngah saya nak datang umah.....dah 12 tengahmalam. Jam 1 tengahmalam baru mereka sampai kerumah....hampir 10 orang....wah saya nak jamu apa ye....peti ais orang diet nie tak ada apa2 selain salad je. Saya cuma sediakan kopi panas dan biskut kering.....nasiblah. Mereka berbual sampai jam 4 pagi.....saya rasa nak tongkatkan kelopak mata je sbb asyik2 tersenguk2.
Bangun pagi saya sediakan nasi goreng, sotong masak kicap dan ikan masin goreng. Terpaksa makan jugak nasi goreng pagi2 sbb bagi orang kampung memang biasa ambil nasi semasa sarapan. Lepas tu kami pergi ke pasar borong serdang beli ikan, ayam dan sayur untuk dibawa ke rumah anak saudara mak ngah yg kat Putrajaya supaya kami semua dapat makan tengahhari bersama. Bapa saudara saya ajak makan roti canai kat kedai mamak....ikutlah dia jugak, saya order teh tarik dan roti canai. Wah hancurrrrrrr....diet saya hari nie.
Makan tengah hari, kami sama-sama masak so macam2 lah lauknya dan yang paling menyelerakan adalah cabai tumbuk mak ngah. Ikan keli goreng garing, asam pedas ikan merah, sambal sotong, ayam goreng berempah, ulam-ulam dan lada tumbuk. Godaan makanan.....mulanya saya merenung makanan tu, mak ngah dan pak ngah 'alah yong tak yah fikir diet hari nie, makan je....kita makan ramai2, takan nak tengok je'. Alamak, saya ambil setengah senduk nasi dan penuhkan pinggan dengan ulam2 serta ikan keli goreng. memang berselera sungguh, 'berhantu' betul cabai tumbuk mak ngah sampai terasa nak tambah nasi lagi......tapi dalam hati sy dok kira kalori so saya tolak godaan tu.
Jam 4 petang, ani keluarkan pulak puding cocktail buah-buahan dengan kopi panas. wah.....godaan lagi. Saya ambil seketul....nak ambil hati tuan rumah mulanya....mmmmmm sedapnya....ambil lagi satu...habis rosak diet....susah betul nak lawan godaan nie. lepas tu kami balik ke Kelana Jaya, pak ngah dan mak ngah bersiap2 untuk ke Tabung Haji.
Mujurlah ada adik lelaki saya, beliau banyak tolong pak ngah dan mak ngah. Segala urusan berjalan lancar, hati saya tiba2 disentap perasaan sayu bila gema takbir panggilan haji dimainkan apabila para jemaan haji melangkah masuk ke ruang berkumpul didalam dewan. Terasa ingin sangat nak ke sana.
0 comments:
Post a Comment