Wednesday, November 3, 2010

Content diciplak/dicuri-What to do?

Mesti ada yang akan kata...tak habis-habis lagi dia nie. Let go saja lah....anggaplah sebagai pahala sedekah bila ilmu disebarkan. Bila saya letakkan sign 'do not copy', maka ada yang takut nak copy resepi. Saya bukan jenis manusia yang terima bulat-bulat tanpa pertahankan hak saya....saya akan buat apa saja cara untuk atasi masalah saya....bila tidak berjaya maka barulah saya berkata....saya dah usaha tapi Allah lebih berkuasa. Perkataan ' biarlah, tak pe, nak buat macammana dah nasib' tidak wujud dalam hidup saya.


Bila saya publishkan resepi masakan maka ia bertujuan untuk dikongsi bersama. So copylah untuk simpanan anda atau di copy paste diblog anda selepas anda cuba resepi itu...saya benarkan. Yang disebut sebagai mencuri @ ciplak adalah apabila seseorang copy seluruh content blog kita dan kemudian publish dalam blog mereka. Blogger masakan tahu macamana susahnya nak hasil sebuah entry masakan....kena masak, adjust sukatan biar betul, hidangkan kemudian hias bagi cantik dan ambil gambar pastu post kat blog. Banyak kerja yang mereka kena buat untuk dapatkan satu entry dan tiba-tiba saja ada orang senang-senang copy content/entry tersebut dan publishkan keblog mereka.


Saya petik petikan dari artikel yang ditulis di
http://compukol.com/blogs/compukol/plagiarism-of-blogs-what-to-do/.


The way in which the internet is set up makes it easy to understand how it could be a breeding ground for plagiarism. As with any important and vast vehicle for comunication, along with the inspiring, brilliant and sharp indivicuals who want to share their knowledge, there will always be the people who want to profit without doing any of the work.
If you remember the children's story 'The little red hen'-the concept is identical. In the story, the little red hen found a piece of wheat and ask for help with turning in into flour and enventually into bread. She got no volenteers among the farm animals for the works. When she asked who would help her to eat the bread, all of the animals volunteered. They all wanted to reap the benefits without doing any of the work.


Artikel ini amat menarik dan anda boleh membaca
di sini .


So apa yang patut kita dilakukan (sebelum nie saya tanya pada anda apa yang patut saya lakukan). Langkah pertama kenalpasti semua entry/content anda yang telah diciplak itu dari blog anda supaya tarikh entry dipublish dapat ditunjukkan kemudian pergi ke blog pencuri tu dan dapatkan semua link entry anda yang telah diciplak. Seperti yang telah saya buat di sini dan disini.


Pergi ke Blog Penciplak tu dan tinggalkan komen anda dan minta dia remove kan entry blog anda. Dah pasti penciplak itu tak akan layankan. Saya sendiri dan tulis berpuluh-puluh komen tapi tidak dilayan. Tak pe kita teruskan kepada langkah ke dua.


Buat aduan di google. Untuk mendapatkan maklumat terperinci bagaimana hendak buat complaint, saya cadangkan agar anda pergi ke
blog ini. Dia terangkan secara terperinci bagaimana anda hendak buat aduan dan remove kan entry dari blog penciplak dengan bantuan google.


Bagaimana kalau google gagal bantu anda. Seperti kes saya. Saya dah buat complaint pada 29/10/2010.

Ini jawapan yang saya perolehi.


Blog penciplak saya bukan associated dengan google product. Dia nasihatkan saya supaya contact admin website penciplak tu.


Macammana saya nak tahu nama admin website penciplak tu?. Maka saya pun minta bantuan blogger yang guna Dot. Com. Jawapan yang diterima minta rujuk kepada Google, yahoo. Itu saya dah buat tapi tak berjaya.


Akhirnya saya jumpa artikel menarik dari wordpress nie
http://en.support.wordpress.com/content-theft-what-to-do/. Dia tunjukkan cara bagaimana hendak kenalpastikan admin website penciplak tu. Inilah hasilnya:-


http://www.plagiarismtoday.com/stopping-internet-plagiarism/3-finding-the-host/



Sekarang saya akan buat aduan kepada website admin penciplak tersebut dan apa keputusannya saya akan kongsikan bersama anda nanti.


So kepada rakan-rakan blogger.....ada cara bagaimana hendak atasi masalah curi content blog nie. Kadang-kadang kita perlu bertindak tegas supaya kita tidak mudah diperlekehkan. Jangan biarkan saja....buanglah konsep 'tak pe....nak buat macam mana dah nasib'. Kerana pegangan inilah..... satu hari nanti cucu dan cicit kita mengemis ditanah air sendiri kerana kita 'biarlah....tak pe' bila orang ambil hak kita. Kalau anda tahu apa kerja saya maka anda boleh faham mengapa saya tegas.

2 comments:

ira said...

SYABAS! sy sokong usha2 awak tu. Sy memang geram dgn org2 yg suka curi2 ni.

Saya dah pi blog tu. Saya rasa banyak yg dicurinya dari blog2 lain.

bdaria said...

Ira, Klu entry bhs melayu adlh 100%dari blog saya. Entry sy ada yg letak watermark & ada yg tidak letak watermark. Entry bhs indonesia adlh dari kembangcabe.blogspot. Hanya 2 blog shj yg diciplak. 45 entry sy yg diciplak masakan dan lagi 5 adlh celoteh. So entry blog saya adlh 75% dari entry blok pencuri tu.