Sabtu lepas, 20/11/2010
adalah hari pertunangan adik perempuan saya hafeza. Alhamdulillah
segala-galanya berjalan dengan lancar. Saya tak nak berceloteh panjang so
biarlah gambar yang bercerita.
Ini adalah pemberian pihak lelaki. Mereka mengunakan tema biru.
Kain diatas ini adalah pemberian
pihak lelaki kepada saya sebagai hadiah 'langkah bendul'. Memang tension
masa nie bila keluarga pihak lelaki nak jumpa saya....dah tentu saya
'larikan' diri ke dapur takan nak tunjukkan muka depan semua tetamu dan biar
mereka merasa simpati dan kasihan dengan saya. Saya tak minta hadiah nie
cuma saya minta mereka jaga adik saya seperti mana saya jaga dia selepas
kematian ayah saya.
Ini hantaran paling menarik
dari pihak lelaki, sepasang bahulu ikan dan anak-anak ikan.
Cantikkan
Ini pulak dari pihak kami.
kami guna tema coklat.
Untuk hidangan pertunangan kami sekeluarga masak sendiri semua jaudah. Saya buat daging masak lada hitam, adik perempuan ke 3 saya masak tempoyak ikan patin, adik ke 2 saya masak kerabu perut, mak saya masak singgang ikan aya dan buat lada tumbuk. Alhamdulillah kami mampu masak untuk 150 orang makan.
20 ekor ikan patin
diambil terus dari kolam sangkar di temerloh. Ikan patin nie diberi makan
pucuk ubi dan dibela di air lalu (air sungai) jadi isinya sedap sangat.
Adik lelaki saya ambil direct dari kolam pada petang
jumaat.
Saya mintak adik lelaki saya tangkap gambar makanan sbb masa tu saya tengah sibuk make up adik perempuan saya. Adik lelaki saya hanya ambil gambar orang bukan makanan so tak dapatlah saya nak tunjukkan close up gambar hidangan.
Saya mintak adik lelaki saya tangkap gambar makanan sbb masa tu saya tengah sibuk make up adik perempuan saya. Adik lelaki saya hanya ambil gambar orang bukan makanan so tak dapatlah saya nak tunjukkan close up gambar hidangan.
2 comments:
Wah seronok tengok dari gayanya saudari ni orang kelantan ekk..tengok agar-agar kering tu favourite
To Zanna,
Sy nie lahir di kedah, besar di Pahang dan skrg family menetap kat Tganu. So byk sgt pengaruh...
Resepi agar2 kering tu memang best, cubalah.
Post a Comment