Friday, November 26, 2010

Fitball

Masa saya balik kampung tempohhari, mak saya dan anak saudara saya kata "yong/maklong nampak kuruslah". Wp ketika itu saya baru turun dalam 3-4kg tapi kenapa mereka kata saya nampak kurus....sebabnya ukur lilit perut saya kurang dengan banyak. Pengurangan ukurlilit dan posture badan yang betul sebenarnya amat penting selain dari pengurangan angka kat scale. Sebab tulah bila saya nak turunkan berat badan saya tak suka 'crazy diet' sbb saya nak badan yang fit bukan semata-mata kurus.

Foto: kredit to geniusbeauty.com



Saya nak perkenalkan anda kepada senaman yang paling saya suka....magic excersice. Saya memang gila ikut kelas fitball nie 3 tahun lepas dan saya pernah mengajar senaman fitball kat rakan-rakan sekerja dicawangan saya. Lepas tu saya simpan bola fitball dalam almari dan kelas fitballpun dah tak ajar dgn alasan busy. Sekarang baru mula balik dan hasilnya nampak kat pengurangan ukur lilit abdomen. Hujung minggu nie saya tunjukkan berapa cm lagi kurang kat perut sbb minggu nie saya memang gila2 buat senaman fitball. Jom kita tengok apa tu senaman fitball.


Rahsia disebalik fitball



Bola ini dikenali sebagai swissball, fitball, balance ball dll. Dalam tahun 1960an, pusat physical therapy mengunakan bola nie untuk merawat dan menolong kanak-kanak yang bermasalah 'cerebral palsy' dan orang dewasa yang kena stroke. Melihat akan kebekesanannya maka bola ini digolek keluar dari bilik doktor dan masuk ke pusat-pusat fitness.



Bagi wanita senaman mengunakan fitball selain dari meningkatkan balance dan coordination tapi ia juga adalah alat terbaik untuk dapatkan perut yang kempis dan ada satu lagi rahsia untuk wanita......ia akan improve sexual life anda (bg yg dah berkahwin). Kenapa?????. Bola nie bulatkan dan ia akan bergolek....untuk stabilkan bola ini supaya anda dapat duduk dan buat senaman diatasnya maka semua otot-otot perut, punggung, pelvik, waist, back, hips akan digunakan @ dikeraskan atau dgn bahasa yg mudah difahami 'dikemutkan'. Bukan senang nak buat bola tu stabil tau....instructor saya (chinese lady) boleh duduk bersila atas bola tu sambil baca buku....saya setakat nie mampu melutut atas bola dengan kedua2 belah kaki tapi tangan tetap kena depa sbb takut tertonggeng jatuh. Selalunya bila keluar dari kelas fitball, otot2 perut saya sakit sbb banyak guna muscle kat sekitar abdoman dan lepas tu rasa kempis je perut.



Perut buncit memang ditakuti oleh semua wanita. Baju jadi tak elok nak dipakai bila lapisan spare part tyre melingkari abdoman kita. kadang-kadang walaupun orang tu kurus tapi perut dia buncit. Wanita berperut buncit selepas bersalin sbb semasa proses mengandung, ia telah melemahkan bahagian midsection badan. Bila baby membesar dalam rahim, semua abdoman muscle akan stretch outward. Jika selepas bersalin anda tidak 'tighten up' muscle nie maka perut anda akan loose dan weak sebab tu perut buncit selepas bersalin. Sebab kedua adalah sesetengah manusia secara genetiknya akan menyimpan lemak (tempat pembuangan lemak) di bahagian midsection. saya tergolong di nombor 2, bila berat badan saya naik maka perut saya akan menampakkan lapisan tayarnya.



Semua wanita idamkan perut macam nie kan tapi tak adalah dengan niat nak tayang macam nie. Atleast bila pakai baju rasa best je....tak ada bonjol2 yang nak lari keluar...tak terseksa nak pakai girdle



Kenapa saya bercakap pasal fitball hari nie sebab semalam saya boleh sarungkan t-shirt Nike fit masa nak gi gym. T-shirt tu lama tersimpan dalam almari sbb saya malu nak pakai. Lapisan 'spare part tayar' kat perut menghodohkan tshirt tersebut tapi semalam saya boleh sarungkan ke badan tanpa rasa malu.

0 comments: