Monday, November 22, 2010

Sup ayam pencen

Saya buat sup ayam pencen nie pada malam raya haji. Walaupun saya akan beraya di kelana jaya seorang diri sebelum balik ke pahang tapi saya tetap buat sesuatu untuk dimakan dipagi raya sebelum ke masjid sembahyang raya dan terus bertolak balik ke pahang. Mihun sup ayam pencen yang dimakan bersama lada kicap memang menyelerakan.




Sebenarnya saya tak tahu yang dalam peti ais saya ada ayam pencen. Pak cik saya beli ayam nie masa kami ke pasar borong puchong untuk dibawa kerumah ani tapi tak jadi masak so dia bawak balik ke rumah saya. Bila bukak plastik tengok ayam tu adalah ayam pencen so saya hanya terfikir untuk buat sup.


Resepi sup saya simple saja sebab saya cuma guna bahan-bahan yang ada didapur sbb ini hidangan tanpa perancangan jadi tak payah tulislah resepinya cuma saya nak kongsikan bersama tip untuk cepat memasak ayam pencen tanpa perlu mereneh lama bagi melembutkan ayam. Tipnya adalah dengan mengkukus ayam pencen terlebih dahulu. Potong ayam pencen seperti biasa dan bersihkan kemudian kukus sehingga masak. Selepas dikukus ia boleh dimasak dengan cara yang anda mahu. Ia mencepatkan proses melembutkan ayam so kita tak perlu reneh lama.
Sup saya nie sebenarnya adalah hidangan penyelamat bila saya balik pahang. Ini tahun pertama kami beraya dipahang tanpa mak so adik saya tak prepare apa-apa untuk raya haji. Dia cikgu sekolah dan baru saya dapat pengesahan pertukaran sekolah so dia siapkan kerja sehingga petang pada hari selasa. oleh kerana penat dia langsung tak buat apa-apa sebagai hidangan pagi raya. Dia hanya masak nasi goreng sahaja untuk hidangan sarapan.
Tiba-tiba tahun nie ramai pulak tetamu datang bertandang kerumah so dia yang panik telah menjamu tetamu dia dengan nasi goreng dipagi raya haji. Ketika saya sampai ke rumah di pahang jam dah 1.30 petang. Sejurus saya sampai ada tetamu datang bertandang so sekali lagi adik saya panik sbb nasi goreng dia dah habis. Kami ajak tetamu makan tengahhari dan salah satu hidangannya adalah sup ayam pencen nie. Mujur ada sup ayam pencen nie yang menyelamatkan kami dari memalukan diri sendiri.

0 comments: