Hari nie jam 8 pagi
saya dah ada kat gym, saya buat latihan kardio selama 1 1/2 jam pastu join
kelas bodyvive, body combat dan bodypump.....hampir 4 jam saya excersice.
Ketika hendak tunggu kelas Bodycombat saya duduk kat kerusi panjang sambil
minum air sbb baru lepas buat latihan beban selama 20 minit.
Ada seorang
perempuan melayu lalu depan saya pastu dia berhenti kat saya dan tanya saya
' u tak rimas ke pakai tudung buat excersice'. hampir nak tersedak saya
dengar dia tanya saya macam tu. Saya jawap 'biasa je' sambil buat2 tak layan
sbb malas nak layan orang macam nie. Dia cakap lagi ' u pakailah scaft macam
i nie'....sambil tunjukkan scaf tiga segi diatas kepalanya dengan rambut
berjurai. 'I rimaslah tengok orang excersice pakai tudung pastu pakai baju
lengan panjang besar', saya terkedu tak kata apa-apa. Perempuan nie
berbangsa melayu dan beragama islam......dia rimas tengok orang bertudung.
Moga Allah beri kesedaran pada dia.....kesian dia.
Sebenarnya
perempuan nie pernah tegur saya sebelum nie iaitu pada tahun lepas kalau tak
silap saya.....oleh kerana lutut saya baru sedikit pulih lepas cedera maka
saya masuk kelas Body Step tapi saya buat gerakan option....lepas kelas
perempuan nie kata pada saya ' tak pelah u buat option sbb orang baru join,
kelas nie memang susah....i paham kalau u tak pandai sangat'. Rasa nak
muntah masa tu saya dengar dia cakap sbb saya dah 3 tahun kat gym, saya tahu
siapa yang baru siapa yang lama sbb melayu tak ramai kak oiiiii, u adalah
orang baru. Sebenarnya dia nie cakap je lebih tapi bukan buat bagus pun,
masa saya satu kelas bodycombat saya tengok cara dia bergerak macam orang
lepas batuk ditangga je.....yang lebihnya adalah seluar ketat menampakkan
bentuk paha, punggungl lebar dan bahagian sulitnya. Baju singkat dan ketat.
Itu yang dia nak saya pakai.......wp saya pakai t shirt lengan panjang tapi
seluar gym saya berjenama jugak....adidas, mike dan kasut saya pun dari
Reebok, nike dan adidas. T shirt je yang tak boleh beli Nike atau adidas sbb
design ikut body....saya tutup aurat kak oiiiiiiiii.
2 comments:
hahahaha..nice ending.. sabo cik bad. kang diet tak menjadi lak. dugaan kat awk tuh.
salam..tgh berdiet...tgk jugak entri lain...uihh...sya salute betui...sya pun tgh berdiet..pernah tak makan dalam 1 week...last week sya betul2 ting tong...skrang mkn secara normal blk..tp kurangkan kuantiti mkn..kengkdang terlajak jugak..mmg nak diet ni perlu ada semangat yg kuat...kalau tak memang tak menjadi diet kita...:)
Post a Comment