Petang nie buat sejenis
lagi kuih untuk dibuat sebagai hidangan hantaran pertunangan. Saya
balik kerja jam 3 tadi sebab hari nie dapat pelepasan balik awal so
jam 3.30 petang sampai rumah terus ke dapur bancuh adunan dan perap
sebentar. Saya tak buat banyak cukup untuk satu dulang hantaran
sahaja.......malas nak berlama-lama depan kuali panas. Kuih tiram nie
kalau nak makan biasa bolehlah buat simple saja tapi kalau nak buat
hantaran kena teliti sikit supaya kelopak kuih tiram jadi
cantik.
Resepi kuih tiram saya
dah pernah postkan dulu disini. Bancuhan kuih tiram nie
simple je tapi yang menjadikan ia cantik atau tidak adalah teknik
mengulung dan mengoreng kuih tiram.
Esok kita semua akan
menyambut hari raya haji.....selamat hari raya haji buat anda semua.
Saya ada terima sms dari seorang teman....
" Bye sayangku. Kita
akan berpisah buat selamanya dan anggaplah ini adalah pesanan terakhir
dari ku" luahan lembu dan kambing pada rumput.
Salam Aidil
Adha.
3 comments:
salam kak, sy sgt suke kuih ini...tp buat tak reti...hehehe
Salam Bdaria, cantik sungguh kelopak nya...
Beruntung adik bdaria punya kakak yg boleh buatkan sendiri semua ini. Semuga majlis itu akan berjalan dgn lancar.InsyaAllah.
suka mkn. x prnh buat. klu ngadap tv. kejap aje hbs. hehehe...
Post a Comment