Saya buat Talam Kacang Hijau
nie pada malam ahad dan bawak ke ofis pagi semalam. Bawak 1 tray tanpa
dipotong, jika dilihat bahagian atasnya keras cantik tapi bila potong dengan
pisau kat pantry ofis tu yang potong jaripun tak luka, maka terlihatlah
kelemahannya iaitu lembik dibahagian bawah. Masing-masing terpaksalah makan
guna sudu. Walaubagaimanapun Talam nie memang sedap dengan rasa lemak-lemak
masin dilapisan atas dan lemak manis kacang hijau dibahagian bawah. Saya
suka makan talam nie, kalau tak kerana kalori mungkin 3-4 potong habis tapi
nak jaga kalori maka hanya ambil 2 potong sahaja sebagai sarapan pastu dah
tak tengok dah. Bila masuk pantry tengahhari, tengok talam nie dah
licin.....rupanya boss pun minta supaya talam nie dihidangkan kepada
tetamunya....huhhh merasa Datuk/Tan Sri tu makan talam kacang hijau saya
nie.
Bila fikir kat mana silap
saya bila buat talam nie, baru teringat yang saya tersilap ketika merebus
kacang hijau. Dalam resepi kata rebus hingga lembut dan kemudian tapis
hingga kering airnya tapi saya rebus kacang hijau hingga empuk pastu biar
kacang dalam periuk bersama baki air rebusan. Saat2 akhir baru nak tapis
maka sebab tu kacang hijau serap lebihan air dan talam saya lembik.....so
after this bdaria jangan buat mistake nie lagi.
TALAM KACANG
HIJAU
Bahan-bahannya:-
Lapisan
bawah:
- 250gm gula kastor
- 150gm tepung beras
- 40gm tepung hong kew hijau
- 1/2 tsp garam halus
- 200ml santan pekat
- 650ml air (mungkin anda perlu kurangkan air nie dalam 50ml)
- 200gm kacang hijau (rebus hingga lembut dan tapis airnya)
- sedikit pewarna hijau @ anda boleh dapatkan pati dari daun pandan jika tak suka pewarna.
Cara-caranya:-
-
Satukan semua tepung, garam, santan dan air kemudian tapis supaya tidak berketul. Masukkan pula gula, kacang hijau dan pati pandan.
-
Masukkan dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga naik wap
-
Tuangkan dalam loyang 10"x10"x2 dan kukus selama 30 minit
Lapisan atas:
-
70gm tepung beras
-
50gm tepung hongkew atau tepung jagung
-
2 tsp garam halus
-
200ml santan pekat
-
800ml air
Cara-caranya:-
-
Satukan semua bahan diatas dan kacau rata
-
tapiskan kedalam periuk dan masak sehingga naik wap
-
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Nota:-
-
Jangan kurangkan sukatan gula dan garam sebab memang dah ngam.....tak terlalu manis atau masin. Just nice, kalau anda kurangkan rasanya akan lari dah tak sedap.
-
Pewarna hijau saya gantikan dengan pati pandan sebab my ofismate ramai cina maka mereka tak makan makanan yang guna pewarna begitu juga saya so saya tukarkan pewarna dengan pati pandan sbb tu kurang hijau sgt sbb saya tak guna daun pandan serani.
-
Kalau tak ada tepung hongkew boleh gantikan dengan tepung jagung.
-
Rebus kacang hijau jangan terlalu empuk just lembut sahaja dan kemudian tapis baki airnya.
-
Resepi diatas tu untuk loyang 10" x 10" ye, utk org business @ utk makan 30 orang so kalau kat umah anda tu ada 3/4 orang, janganlah buat ikut resepi tu nanti pengsan nak makan. Buatlah separuh dan guna loyang yg kecil sikit.
0 comments:
Post a Comment