Friday, December 31, 2010

10 perkara dalam 2010

Saya memulakan blog ini pada 31/08/2009, dan sekarang sudah 1 tahun 3 bulan usianya dengan 311 entry. Lagi beberapa jam 2010 akan meninggalkan kita dan menambahkan 1 lagi angka diusia kita. Dikesempatan ramai yang akan meraikan ketibaan tahun baru, saya juga ingin kongsikan 10 perkara yang berlaku dalam tahun 2010 yang berkait dengan blog ini....cerita2 yang saya paparkan diblog ini.


Perkara 1


Perkara ini saya letakkan ditempat pertama sebab ia benar-benar buat saya terlalu sedih dan amat-amat kecewa. Disebabkan ini maka saya banyak serve internet cari jalan penyelesaian namun gagal bila langkah terakhir iaitu buat aduan kepada admin domain 'pencuri' itu tapi harus bayar us150 dollar untuk keluarkan semua entry saya dari blog pencuri tersebut. Wbp ia boleh juga dianggap berjaya kerana sipencuri berhenti mencuri entry blog saya dan satu blog foods blogger dari indonesia selepas paparan topik ini diblog saya. Biarpun 45 entry masakan saya dan lebih 10 entry celoteh saya masih didalam blog ini tapi disebabkan perkara inilah maka saya juga buatkan satu blog mengunakan domain sendiri dan dalam bentuk paparan majalah iaitu .


Perkara 2



Apabila saya mula aktif memasak maka berat badan saya pun mulalah naik....aktiviti digym pun mula kurang selepas kecederaan lutut apabila jatuh ketika di sarawak maka berat badan sayapun naik...jadi pada 12/10/2010 saya mendaftarkan diri sebagai member Thebiggestloserclub.asia dan menjalani diet mengikut menu dan latihan yang disertakan dalam TBLC. Berat pada 12/10/2010 adalah 79.4kg dan sekarang setelah 10 minggu, berat saya sudah turun kepada 70.8kg pada ahad lepas. Paling mengembirakan apabila ukur lilit pinggang turun 14cm, lengan 4 cm dan paha 4 cm. I can do it so can U.

Perkara 3


Didalam blog ini juga saya mula paparkan cerita-cerita perjalanan diet saya di kategori Diet Program dan mula memasak makanan2 yang mengandungi banyak sayur serta rendah kalori. Wp saya tahu entry begini tidak boleh menarik minat para pengunjung blog tapi saya cuba untuk tunjukkan bahawa diet bukan bererti kita perlu berlapar dan hidangan diet bukan hidangan rakyat negara ketiga dan kita tidak perlu layan diri kita sebegitu hanya kerana kita ingin kurus.


Perkara 4


Dalam tahun 2010, saya telah menyertai 6 kelas masakan dari 3 chef. Memasak adalah minat saya. Semasa hendak memasuki sekolah menengah, arwah bapa saya telah meminta saya memasuki aliran perdagangan wp saya minat sains rumah tangga. Saya teruskan aliran itu sehinggalah memperolehi ijazah perakaunan dan seterusnya menubuhkan syarikat sendiri dan sekarang saya berkerja makan gaji tapi dalam bidang yang berkaitan dengan accounting jugak tetapi memasak tetap menjadi minat saya no 1.


Perkara 5


Dalam tahun 2010, saya telah mencuba beberapa resepi dari kelas yang saya hadiri. ada berjaya dan ada juga kurang berjaya tapi alhamdulillah kesemuanya sedap.


Perkara 6


Dalam tahun 2009, saya sangat admire dengan kesedapan kuih cara berlauk yang di order setiap kali ofis buat jamuan. Dalam hati, saya tekad akan cuba cari resepi yang boleh menghasilkan sebijik rasa kuih cara yang di order itu. Setelah beberapa kali percubaan gagal dapat tekstur yang dikehendaki akhirnya saya berjaya juga dapat kuih cara berlauk yang diimpikan itu.


Perkara 7


Setiap bulan saya akan habiskan lebih RM50 untuk membeli majalah-majalah masakan dari dalam dan luar negara. Ini adalah salah satu resepi yang paling saya gemari dari satu majalah. Ia amat sedap dan unik.


Perkara 8


Tahun nie saya banyak buat kuih-kuih melayu lama untuk berbuka puasa wp terpaksa kelam kabut terutama apabila lepas balik kerja jam dah 4.30 dan kemudian jam lagi so sampai ke rumah jam 5 lebih. Tapi alhamdulillah menjadi jugak kuih muih saya dalam bulan puasa ini.

Perkara 9



Tahun 2010 ini amat mengembirakan saya apabila adik perempuan ke 4 saya berjaya memperolehi pekerjaan wp sekadar kerani sekolah dan melangsungkan pertunangannya dalam bulan 11. Mak saya done a good job dalam membesarkan anak-anaknya. Dia berjaya penuhi impian arwah ayah saya yang ingin melihat salah seorang anaknya menjadi pendakwah apabila 3 orang adik saya adalah ustat dan ustazah yang memiliki ijazah dalam pengajian al-quran dan hadis. Adik kedua saya berjaya membuka sekolah tahfiz dan mempunyai beberapa rangkaian tadika islam. Saya dah tak bimbangkan mereka lagi tapi hanya adik yg ke 4 ini dan adik lelaki bongsu saya. Mrk tidak berjaya dalam pelajaran tapi mereka anak yang sangat baik dan patuh.



Perkara 10

Oklah yang terakhir sekali dalam list 10 perkara berlaku dalam 2010. Perkenalkan inilah Amira, anak saudara saya yang lahir dalam pertengahan tahun 2010. Amira adalah anak ke 3 kepada adik ke 3 saya. Adik perempuan saya nie berkahwin dengan orang perak yang mempunyai saiz badan yang kecil dan rendah. Anak sulung dan kedua dia ikut saiz badan keturunan suaminya. Wp dah 7 tahun tapi badan seperti umur 4 tahun. Jadi bila Amira lahir lahir, kami happy sangat sebab Amira ikut badan keluarga kami...tinggi. Ini gambar dia ketika 6 bulan...... besarkan dan muka dia iras muka mak dan adik bongsu saya. psstttt......saya boleh tunjuk gambar anak orang sajelah, anak sendiri tak ada lagi




Selamat Tahun Baru 2011

1 comments:

azian said...

Salam Bdaria,
Semuga di tahun 2011 memberikan sesuatu yg lebih baik...