Thursday, December 2, 2010

Sticky Green Stir-fry with beef



Sticky green stir-fry with beef

Sumber: Good Food Asian Edition Nov 2010

Photo n publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-
  • 1 tbsp minyak sunflower (sy guna minyak Natural Blend)
  • 400gm daging dihiris nipis
  • 1 tongkol broccoli, dipotong kepada bahagian kecil
  • 2 biji bawang putih, dihiris
  • 300gm kacang sweet peas
  • 4 batang daun bawang, dipotong nipis (sy tak bubuh sbb tak ada)
  • 3 batang pak choi, daun diasingkan dan dipotong menyerong (tak de, sy gantikan dgn tomato)
  • 4 tbsp sos hoisin (sy ganti dgn sos tiram je)

Cara-caranya:-

  1. panaskan kuali dan masukkan minyak, goreng hirisan nipis daging dalam 3-4 minit dgn api kuat sehingga berubah warna dan keluarkan.
  2. Masukkan brocoli dan bawang putih kedalam kuali, masukkan sedikit air dan goreng mengunakan api kuat selama 4-5minit sehingga ia lembut.
  3. Masukkan kacang peas, daun bawang dan pak choi, goreng lagi selama 2-3 minit.
  4. Masukkan sos hoisin dan daging.
  5. Masukkan sedikit air jika ia terlalu kering. Tutup api dan angkat.

Hidangan ini untuk 4 orang makan Sesuai dimakan bersama nasi.

Satu hidangan (utk seorang) mengandungi:-

  • 253 kalori
  • 32g protein
  • 13g carbs
  • 9 g lemak
  • saturated fat 2g
  • Fibre 5 g
  • Gula 5 g
  • garam 0.82 g

2 comments:

Anonymous said...

salam, saya suka visit blog u ni. sronok baca & tgk resepi & gambar2x yg ader. anyway nk tanya, klu daging stir fry tu mmg masaknye skejap yer sama jugak ke dgn masak daging goreng lain? saya takut nk masak skejap, takut x masak..tapi bila lama mesti dagingnye jadi keras / liat plak...mmg tu ke tips utk masak daging yg bergoreng? (Fiza)

bdaria said...

salam anonymous,

Sorry lambat balas sbb baru lepas operation mata. Normally bila nak goreng sekejap saya akan pastikan daging dihiris nipis dan guna api kuat. Kuali dan minyak biar betul2 panas pastu baru masukkan daging, kacau sehingga berubah warna dan angkat. Ini chinese stye.