Laksa Utara
resepi dan publish by
resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
- 1/2 kg ikan sardin/kembung/selayang (saya guna ikan sardin segar)
- 4-6 biji cili kering, direbus dan dimesin
- 1/2 labu bawang besar-dimesin
- 6 ulas bawang merah-dimesin
- 4 ulas asam keping (masukkan 4 dulu lepas tu tambah jika perlu)
- 1 batang bunga kantan
- segengam daun kesum
- 1/2 bungkus laksa
- 200gm udang segar
- garam secukupnya
- 1 1/2 - 2 liter air
Bahan hiasan
- Ulam-ulam kegemaran anda seperti pucuk gajus
- telur rebus
- sebiji timun, dihiris halus
- bawang besar-dihiris halus
- bunga kantan-dihiris halus
- cili padi - dihiris halus
- nenas-dihiris nipis (jika suka)
- limau
Cara-caranya:-
Laksa
-
Rendam laksa terlebih dahulu supaya ia sedikit lembut dan kemudian baru kukuskan selama 30 minit. Angkat dan masukkan kedalam bekas yang berisi air dan biarkan ia terus kembang. Bila nak makan baru masukkan dalam penapis dan tapis sehingga kering air.
Kuah:-
-
Bersihkan ikan dan udang. hanya buang isi perut ikan sahaja dan basuh bersih. Bersihkan udang dan pisahkan antara isi dan kulit serta kepala udang. Isi udang masukkan kedalam bekas lain dan ketepikan
-
Rebus ikan dengan 800ml air dalam 20-30 minit bersama-sama dengan 2 keping asam keping. Keluarkan ikan dari periuk tapi air rebusan tu jangan dibuang. Pisahkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan. Pastikan isi ikan itu tiada tulang yang kecil-kecil tu. Masukkan isi ikan dalam bekas yang lain.
-
Masukkan air rebusan, tulang ikan, kepala ikan, kulit udang serta kepala udang kedalam blender dan blender sehingga lumat. Tapis ambil pati yang pekat. Pastikan anda tapis elok2. Bersihkan blender anda.
-
Blender pula cili, bawang dan isi udang sehingga lumat.
-
Masukkan cili yang diblender dan pati tulang ikan dalam periuk. Masukkan air selebihnya dan asam keping. Masak dengan api yang sederhana perlahan sehingga ia mendidih.
-
Lenyek2 isi ikan anda dengan belakang sudu. Masukkan kedalam periuk.
-
Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
-
Biarkan ia sehingga betul-betul masak dan berasa asam. Masukkan garam dan tambah asam keping lagi jika anda rasa perlu.
-
Angkat dan boleh dihidangkan bersama laksa dan bahan hiasan yang lain.
Nota:-
-
Tentu anda tertanya-tanya, apa fungsinya udang. Macam mana dia buat laksa bubuh udang?. Family kami tak guna bahan perasa seperti ajinomoto atau yang lain-lain dalam masakan. Tak pernah ada didalam dapur kami. So itulah fungsinya udang disini iaitu sebagai bahan pemanis dalam kuah laksa. Supaya kuah laksa lebih manis. Udang adalah rahsia mengapa kuah laksa mak saya sedap. So saya dah bocor rahsia dia hahahah.
-
Anda boleh tambah belacan jika suka.
-
Rahsia utama untuk laksa sedap adalah asam dan kuah haruslah dimasak dengan api sederhana dan biar mereneh lama. kuah laksa nie kalau lagi lama lagi sedap sebab asam keping tu dah betul2 sebati dengan kuah. Oleh itu sentiasa rasa kuah anda dan jika terasa kurang asam, tambah lagi jangan ikut sangat kuantiti kat atas tu. Ikut lidah anda.
-
Laksa pula jangan patah-patahkan. Biar ia panjang sebab itu yang buat laksa lagi kick.
-
Bahan tambahan untuk dimakan dengan laksa tu ikut suka selera anda lah. selalunya kalau keluarga kami timun, cili, telur rebus (jangan rebus lama cukup 10 minit sahaja) dan limau dah cukup.
-
Kalori semangkuk laksa yang berukuran 16.5cm adalah 376 kalori. So ia amat-amat sesuai sangat untuk orang diet ye tapi dalam semangkuk tu aje ye jangan nak menambah pulak.
-
Ikan sardin segar (bukan yg dalam tin tu) adalah sejenis oily fish maka ia amat bagus untuk otak. Jadi sangat2 elok dimakan selalu terutama untuk anak-anak kecuali wanita hamil kurangkan hanya kepada 2 kali seminggu sahaja.
-
Sempoikan resepinya so janganlah tanya mengapa tak bubuh lengkuas, bawang putih, halia atau apa-apa sahaja sbb nie resepi laksa utara sebetulnya. Jika anda hendak bubuh dan ia sedap di lidah anda, silakan sebab dalam resepi tak ada salah atau betul asalkan ia jadi sedap. Kita buat dia bukan dia buat kita.
Oh ya saya nak tunjukkan satu
gadget yang saya beli baru-baru nie. oleh kerana saya selalu bawa bekal
lunch ke pejabat sebab saya masak ikut menu diet. Saya akan panaskan dalam
microwave. Untuk elakkan makanan dipanaskan direct dalam microwave yang mana
kita tahu bahayanya sinaran tu dan penyebab kanser maka saya guna periuk nie
untuk memanaskan makanan saya. Ia berfungsi seperti periuk yang dimasak
diatas api malah ia boleh digunakan untuk memasak dalam microwave. Empress
microwave cooker dari Cosway nie boleh digunakan untuk steam sayur, pau,
grilled salmon, steak, boleh buat stew daging, buat sup malah saya pernah
buat mee bandung mengunakan periuk nie di ofis.
1 comments:
Salam.
Saya juga orang utara dan dok utara. Cumanya tak berapa rajin nak masak laksa nih. Tapi tetiba suka resipi nih sebab simple. Kalau yang ni, boleh lah try nanti. Thanks for sharing. :)
Post a Comment