Sunday, December 5, 2010

Week 8, weight in results

Semalam saya terpandang seluar jean lama yang tersangkut dipintu bilik...saja letak kat situ sebagai penaik semangat. Saya ambil pakai, wowwwww muat malah terasa longgar.....ishhhh banyak ke penurunan minggu nie. Terus ambil kemera dan cuba ambil gambar diri sendiri memakai jean tersebut, punyalah susah sbb tangkap gambar diri sendiri. Masa tu tak teringat yang kat kamera tu ada selftimer....punyalah excited boleh pakai jean tu. Saya ada masukkan gambar diri saya terdahulu dan gambar sekarang kat sini.


Inilah hasil timbangan untuk minggu ke 8, tepat 2 bulan saya mengamalkan diet sihat mengunakan Thebiggestloserasia sebagai alat bantuan. Saya dapat semangat dan motivasi dari situ. Kawan-kawan, pengurangan berat badan bukanlah terletak berapa besar figure yang turun di scale tapi maklumat tentang body fat, penurunan ukur lilit pinggang dan ukuran bahagian badan yang lain juga amat penting. Dalam minggu ke 8 nie saya dah berjaya kurangkan bacaan body fat dari 44% kepada 37.5%. Bacaan 37.5% adalah dalam kategori 'very high', normal body fat adalah 25.1% - 30%. Ukur lilit pinggan juga berkurangan sebanyak 13 cm. Anda boleh lihat perbezaan besar ini pada gambar saya sekarang.

Kawan-kawan, saya tak mengamalkan diet keterlaluan....saya tak berlapar, saya tak hanya makan epal sahaja semata-mata, saya makan seperti biasa cuma saya kawal kalori dan saya rekod pengambilan kalori, protein, karbohidrat dan lemak. Walaupun selepas ini saya dah berjaya dapat berat badan normal, saya akan tetap teruskan pemakanan sihat dalam diet sebab ia akan jadi gaya hidup saya. Arwah bapa saya meninggal dunia di usia 36 tahun akibat barah paru-paru, dia meninggal dunia ketika menunggu adik lelaki saya yg ketika itu berusia 6 tahun keluar dari tadika. Dia jatuh didepan tadika dan terus menghembus nafasnya disitu juga....saya tak mampu mengalir setitikpun air mata kerana saya terlalu terkejut apabila diambil dari sekolah. Ayah saya baru saja hantar saya kesekolah pagi itu dan kemudian meninggal dunia pukul 11 pagi. Emak saya surirumah tangga sepenuh masa...bayangkan perasaan dia bila terpaksa ambil alih tugas ayah saya dalam sekelip mata untuk membesarkan kami 6 beradik.


Anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anak-anak anda so jagalah pemakanan keluarga anda. Darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis adalah tiga serangkai yang boleh menyerang kita bila2 masa jika kita tidak mengawal pemakanan kita.




Yeeee....saya berjaya turunkan 2.2 kg minggu nie.



Penurunan sekarang sudah 7.2 kg.






Ukur lilit pinggang saya sudah berkurang sebanyak 13 cm, yang peliknya kenapalah ukuran bahagian chest tu kurang banyak sangat....ahhh.


1 comments:

|| syazwaniadnan || said...

maasyaAllah!!
ur result is amazing lah kak!
congrats :)