Wednesday, April 6, 2011

Hotel

Saya baru saja balik dari outstation kat Melaka selama 3 hari. Dalam kerja saya, menginap dihotel adalah perkara biasa. Untuk tugas kali nie, tempahan hotel dibuat oleh caw. Melaka so kami hanya diberitahu hotel mana yang perlu di check in pada hari bertolak. Kami sampai di hotel MITC Ancasa Melaka pada jam 1.15 tengahhari. Kami duduk kat lobi hotel sebab kunci bilik hanya diberi pada jam 2 petang. So kami tunggulah......salah seorang rakan sekerja sakit perut dan perlu masuk ke bilik, dia tanya kat kaunter boleh tak dia diberikan bilik dahulu.....tapi permintaan beliau tidak dilayan wp beliau kata yang dia sangat sakit perut.



Jam 2 kamipun daftarlah masuk.....saya dapatlah bilik kat tingkat 7, bilik hujung sekali dekat tangga. Kunci bilik masih guna kunci besi biasa tu bukan kad seperti mana yg hotel lain pakai (apa yg sy harapkan jika hotel kelas ke 3 kan). Saya masukkan kunci kat lubang kunci....aiiikkkk pintu tak berkunci rupanya. Saya bukak pintu.....bau hapak menyambut saya bersama-sama dengan bunyi suara TV. Oppppsss silap bilik....bilik orang lain ke sebab TV on. Saya keluar dan tengok no bilik semula. Memang betullah nombor bilik sebagaimana yang tercatat kat kad dan kunci. Saya masuk semula bilik tu, jenguk bilik air....kot-kotlah ada orang menyorok dalam tu.....tengok katil terdapat 2 bantal yang masih ada kesan kepala orang tidur, cadar saja yang nampak macam dah dikemas. Tengok langsir.......kotor bertompok2 tahi lalat, peti ais kecil berabuk dan baunya busuk, tuala....nampak kusam, pergi pulak bilik air......ada kesan tompokan kotor atas lantai bilik air, bowl toilet kotorrrrrrrrrrr.....wekkkkkkk.



Oleh kerana meeting akan bermula jam 2.30 petang so saya letakkan beg dan keluar dari bilik tu. Saya turun lobby dan jumpa pekerja dikaunter saya mintak supaya cadar dan sarung bantal bilik saya ditukar sebab rambut bertaburan atas bantal dan cadar yang menunjukkan cadar tidak berganti, bilik air dibersihkan sebab sabun mandi dan putong rokok masih ada dalam toilet. Beliau kata beliau akan hantar hausekeeping bersihkan. Saya pun pergilah ke pejabat untuk meeting. balik petang dah jam 6.30 petang, sampai bilik.....bilik masih sama, mereka tak kemas langsung......saya apa lagi terus call housekeeping, tak angkat, call operator....tak angkat, call front desk baru angkat.....saya melentinglah....15 minit kemudian barulah housekeeping datang mop lantai tandas, basuh bowl toilet dan tukar sarung bantal. Saya mintak tukar cadar sekali....dia kata cadar dah tukar....saya kata kalau tukar kenapa ada rambut atas cadar nie....dia berkeras tak nak tukar....saya malas nak bising....saya suruh mereka keluar ajelah. Malam tu saya tidur tak nyenyak sebab bau busuk hapak bilik, rasa gatal kulit dan bantal yang berbau.



Pagi esoknya, rakan-rakan saya call dan bagitau yang mereka nak check out dari hotel tu dan tukar ke Hotel Equatorial. Wp kami booking 2 hari tapi pagi tu MITC kehilangan 15 orang tetamu beliau hanya kerana kualiti perkhidmatan yang begitu teruk sekali. Inilah hotel yang paling buruk dan teruk yang pernah kami duduk....ratenya RM145 untuk superior room.


Jangan tertipu dengan gambar cantik bilik ini. Cadar tu tak seputih dalam gambar, warna dah kusam, bantal lembik....ia tak seindah gambar tu ye. Hotel nie cantik kat luar je tapi maintenance teruk gila......biasalahkan....kita nie kalau bab nak buat sesuatu benda tu kalau boleh biarlah yang tertinggi didunia, tercantik didunia tapi maintenace masih kat tahap dunia ke tiga. Samalah dengan hotel nie.......alasan yang diberikan oleh pekerjanya "hotel kami tak cukup pekerja". Sorrylah saya tak terima alasan ye....that is your problem, saya bayar your service so saya harapkan ia berpatutan dengan harga yang saya bayar setidak2nya biarlah saya tidur atas cadar yang bersih...toilet yang bersih, tak perlu tab mandi atau kolam renang. That is the basic things yg orang expect from hotel tak kiralah berapa bintang pun....

Kami minta tolong ofis PJ untuk buat tempahan hotel kat Equatorial, mujur masih banyak bilik kosong. Jam 4.30 petang bila dah selesai tugasan, kami ke Equatorial untuk check in. Sesampai di loby, pekerja hotel siap datang bukak pintu kereta, tolong angkat beg dari kereta, angkat beg ke bilik...kami dapat bilik kat tingkat 11. Wah cantiknya bilik....bersih dan wangi bau nya, ada sliding door yang terus ke balkoni maka dapatlah kami tengok pemandangan kota melaka dari atas....tuala, cadar dan toilet amat2 bersih. Beza harga cuma RM50 daripada MITC Ancasa Melaka untuk bilik superior. Services superbbb......breakfast sedap, banyak choice, ada tab, ada kolam lagi. Kat meja makan, kosong je pinggan/piring kami, terus mereka angkat, kosong je cawan kopi/tea kami, terus mereka tambah......kalau kat MITC Ancasa.....berlonggoklah pinggan dan cawan kat meja kita, jangan harap mereka nak angkat wp selepas kita dah bangun. Memang saya tak patut bandingkan antara MITC dan Equatorial sebab yang satu 3 bintang dan yang satu 4 bintang tapi bintang ditentukan oleh kemudahan seperti tab mandi, kolam renang, gym dan lain2 bukan service seperti kebersihan cadar dan toilet. Tergamakkah anda tidur atas cadar dan bantal yang orang guna sebelum ini......entah2 dia ada kurap atau penyakit kulit siapa tahu.

1 comment:

MEKAR said...

seronok gak dgr celoteh anda ni. hehe.. sya selalu gi EQ kat Penang. Layanan memang best. superb...