Ini dinner saya malam nie.
Ayam goreng tepung, resepi simple dari adik perempuan saya. Anak-anak
saudara saya jarang nak makan KFC malah mereka bukan seperti kanak2 lain
yang akan mintak KFC kalau nak makan ayam. Saya pernah belikan sebekas ayam
KFC masa balik kampung tapi mereka tak sentuh langsung. Kalau nak makan ayam
goreng, inilah resepi yang adik saya buat untuk anak2 dia.
Saya buat ayam goreng dan
bukan sup seperti perancangan awal sebab ayam nampak dah tak begitu segar,
dah lama sangat kat tempat beku dalam peti tu so kalau buat sup tentu kurang
sedap. So terhasillah ayam goreng tepung untuk menambahkan lemak2 kat badan.
Cubalah resepi ni sedap dan ranggup.
Ayam Goreng
Tepung
resepi dan publish oleh resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
4-5 ketul ayam
3 ulas bawang putih
sedikit garam
3 sudu makan tepung
ubi
1/2 sudu makan serbuk
kari
1 biji telur
minyak untuk mengoreng
secukupnya
Cara-caranya:-
Basuh ayam sehingga bersih dan lap dengan tisu masakan sehingga kering.
Tumbuk lumat bawang putih dan garam, lumurkan pada ayam dan perap seketika.
Satukan tepung ubi bersama serbuk kari.
Pecahkan telur dan pukul ringgan.
panaskan minyak yang banyak (deep fry)
Celupkan ayam kedalam telur dan kemudian masukkan ayam tadi kedalam tepung. Jika nak senang masukkan sedikit tepung dalam plastik kemudian baru masukkan ayam dan goncang.
Masukkan ayam tadi kedalam minyak dan tutup tudung periuk/pan anda
Goreng selama 3-4 minit kemudian baru alih bahagian yang sebelah lagi dan masak selama 3 minit lagi atau sehingga ayam keperangan.
Angkat dan toskan minyak berlebihan dengan tisu masakan.
Enak dimakan bersama sos.
0 comments:
Post a Comment