Bila dah ada dapur
sendiri....dah ada kichen kabinet...mulalah bercita-cita nak letakkan
balang-balang yang menarik didalamnya. Dulu masa duduk rumah sewa...langsung
tak kisah pakai bekas-bekas plastik untuk isi barang....sekarang nie pantang
je ada peluang....mesti dok intai balang-balang yang menarik. 4 balang
diatas tu baru je beli kat Ikea semalam.....baru 4 untuk gaji bulan nie.
Bulan depan dapatkan beberapa lagi....sikit2. Dulu kalau dapat gaji asyik
nak gi kedai baju....sekarang nie keutamaan dah lain. Seronok sebenarnya ada
dapur sendiri....rasa puas. Pernah sekali bila saya tak boleh tidur dan puas
dok pusing kiri kanan kat atas katil saya bangun dan pergi kat
dapur......bukak lampu pastu duduk dibirai dapur sambil pandang ke kitchen
kabinet.....jangan kata saya tak betul.....kadang-kadang rasa puas bila
pandang sesuatu yang kita idamkan kemudian diperolehi dengan hasil usaha dan
kerja keras. Tak semua yang kita impikan kita akan perolehi tapi bila dapat
walaupun tidak segah impian yg sebenar ia dah cukup memuaskan.....saya dah
bersyukur.
Bekas bawang dari
Tupperware. Mula-mula saya beli bekas simpan yang biasa untuk masukkan
bawang putih dan bawang merah tapi bekas tu menyebabkan bawang rosak so saya
pesan kat kawan untuk beli bekas nie. Tengok saya dah mula berperangai macam
mak saya....saya ingat lagi dulu mak akan simpan sikit-sikit duit lebih jual
kuih untuk beli bekas-bekas Tupperware. Dah beli bekas-bekas tu, dia tak
guna tapi dok simpan dalam almari....sayang katanya nanti kami rosakkan
bekas tu. Kesian dia kan nak dapatkan sesuatu yang jadi idaman hati dia kena
tunggu lebihan duit selepas belanja anak-anak didahulukan. Dia main kutu
untuk dapatkan set pinggan mangkuk yang cantik dan mahal.....dia simpan
dalam almari katanya dia nak guna bila makan beradap majlis kahwin kami
nanti....tapi setakat nie saya tengok set pinggan tu tak guna pun. Adik
kedua saya ikut perangai mak saya....pinggan yang cantik dan mahal dia
simpan dan guna pinggan plastik atau pinggan hadiah bila beli sabun. Kalau
saya pergi rumah dia, saya akan keluarkan pinggan lawa-lawa tu dari almari
dan letak atas meja. Buat apa beli kalau tak
gunakan.
Minggu lepas saya nak buat karipap....bila keluarkan mesin pasta saya tengok tak ada tempat nak pasang. So petang jumaat pergi ikea dan cari meja nie.....kat show room dia nampak nice aje meja nie kalau letak kat ruamh dapur yang sempit. Saya berkenan yang lain tapi tak sesuai untuk dapur sempit....lagipun meja nie boleh dipanjangkan kalau nak guna besar. kalau tak guna boleh lipat ia semula.
Meja berkepak nie saya buka supaya ia lebih panjang dan banyak ruang sebab saya nak uli roti. Kalau ada warna hitam lebih cantik.....kerusi tu patutnya warna hijau sebab saya cuba nak guna kombinasi hitam, putih dan hijau didapur. Kerusi warna hijau tak ada.....yang ada hanya warna merah je. Huhhhhh susah gak nak pasang meja dan kerusi nie. Semalaman saya dok tenung kertas arahan dan akhirnya dapat jugak pasang. Sebab tulah saya terpaksa buat sosej gulung sebab lapar sangat.....baru tersedar yang tak makan malam lagi.

7 comments:
wah... de meja cun la...cantik2 :)
slmt mlm bdaria..
Bila dh ada rumah sendiri,keseronokan utk menghias & melengkapkan segala kperluan adalah sgt mengujakan. sy thn lps sama jg dgn bdaria.smpai x blh tido mlm..
Tahniah, smg khidupan lbh bermakna!
Assalam...mmg seronok bla kita dpt beli brg kesukaan kita lbh2lah lagi guna duit sendiri... kepuasan itu yg sgt berbaloi.
wah..dah ada meja senang nak buat macam macam kan...semoga semangat makin membara
salam,
Err boleh tau berapa harga meja lipaat tu? mcm berkenan hehe
Salam,
Zalia, tq sbb singgah sini.
Niey_muhaini, memang seronok...rasa puas sangat...impian semua wanitakan untuk ada rumah sendiri.
Ct Noarlzah, Memang betul wp duit habis tapi barang kita nampak.
Nazrah, mungkin lepas nie rajin kot nak buat baking. Dulu guna alasan tak de tempat nak mencanai doh...skg dah tak de alasan.
Salam Ijip,
Harganya RM199. Dulu Ikea pernah turunkan harga utk meja berkepak nie tapi masa tu tak terfikirpun nak beli. Sy suka sbb bagi ruang sempit, meja nie mmg praktikal. Bila nak masak..tarik bagi panjang. Klu dah siap, lipat separuh dan jadi meja utk makan. Pagi2 sarapan kat sini tak perlu ke meja makan.
Post a Comment