Saturday, April 23, 2011

Roti gulung sosej



Hidangan sarapan yang dibuat untuk dinner malam semalam. Hidangan yang paling mudah disediakan jika dah terlalu lapar. Kebetulan roti gardenia masih ada beberapa keping dan dalam peti masih ada 2 ketul sosej cendawan. Tak perlu persediaan yang rumit cukup sekadar leperkan roti, letakkan sosej, celup dalam telur dan breadcrumb pastu goreng. Resepi simple semua orang pun tahu buat.


Roti Gulung Sosej



Bahan-bahannya:-

2 batang sosej
2 keping roti gardenia
1 sudu makan tepung + sedikit air- bancuh pekat
2 @ 3 sudu makan breadcrumb
1 biji telur-pukul sebentar
2 keping cheese slice - optional (sy tak masukkan sbb tak ada)
Minyak untuk mengoreng



Cara-caranya:-

1. Ratakan roti gardenia dengan pengelek.
2. letakkan 1 keping cheese slice diatas roti
3. letakkan sosej diatas cheese
4. Gulung padat dan letakkan sedikit bancuhan tepung pekat dihujung roti
5. Pastikan kedua hujung roti melekat dengan baik
6. Masukkan gulungan roti kedalam telur dan angkat
7. Masukkan terus kedalam breadcrump dan ketepikan. Buat untuk roti yang seterusnya sehingga habis.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
9. Angkat dan letakkan diatas kertas tisu masakan untuk membolehkan lebihan minyak diserap.


0 comments: