Jumaat lepas, time waktu
rehat saya dan kawan pergi ke Munawwarah, Taman Tun untuk cari pakaian untuk
kegunaan umrah. Saya tak pernah lagi pergi ke Munawwarah.....ini pertama
kali. Agak kagum dengan kerana Munawarah bukan hanya memiliki satu butik
untuk tudung tetapi beberapa butik lain. Satu kedai khas untuk pakaian,
tudung dan peralatan untuk kegunaan jemaah haji dan umrah, satu butik untuk
tudung dan pakaian wanita dan yang terbaru adalah kedai untuk hiasan dalaman
dan peralatan dapur. Rasanya ada hampir 5 lot kedai dimiliki oleh
munawwarah. Mungkin ada lagi sebab ini saja yang saya masuk.....letih nak
pergi tengok semua. jika anda berminat untuk mengetahui mengenai munawwarah
boleh lawati blog ini.
Masa kawan ajak, saya kata
saya teman aje tapi akhirnya 2 pasang tudung dan mortar nie saya beli. Saya
suka tudung munawwarah.....bila pakai rasa masuk je dengan muka.....wahhhh
bab nak menghabiskan duit semua rasa lawakan....sehelai RM90...dalam tak nak
beli tu terbang jugak RM180. Lesung batu nie saya beli kat kedai baru
munwwarah.....berkenan sungguh dengan lesung nie. Harganya adalah
RM50....saya tak tahulah mahal ke murah. Dah berkenan ambil ajelah....dahlah
tu berat gila....siap mencempung bawak masuk dalam kereta.
Masa kat rumah sewa dulu saya
tak ada lesung batu dan jaranglah buat sambal belacan....rumah baru nie
teringin nak ada satu. Kalau duduk kat apartment, bila jiran kat atas atau
bawah apartment kita menumbuk sambal memang tension. Masa kat rumah sewa
dulu, apartment bawah saya didiami oleh budak2 bujang kerja kilang, jam 5
pagi dia dah bangun dan buat bekal.....gedegung2 bunyi lesung batu....masa
tu rasa tension gila sebab mengejutkan tidur. orang sekarang tak pandai nak
guna lesung batu.....mak saya pantang bila menumbuk tapi tak meletakkan kain
atau kertas tebal kat bawah lesung. Mulut dia akan bising bila kami
terlupa.....so jika anda duduk kat apartment bila nak menumbuk guna lesung
batu letaklah kain tebal dibawah lesung anda supaya bunyi bising tak ganggu
jiran. Bukan susah sangat, tak rugi jika kita jaga ketenteraman orang
lain.
0 comments:
Post a Comment