Saturday, April 16, 2011

Roti Jala Berinti Kentang


Seharian hari nie duduk kat rumah saja sebab kena tunggu kontraktor repair tile bilik air. Saya buat aduan bila tengok tile dalam bilik air dipasang tidak kemas dan beberapa keping tile kelihatan bertompok kotor yang tidak boleh ditanggal wp telah dicuci. Sebenarnya kontraktor dah hantar pekerja indon baiki bulan lepas tapi pekerja indon tu buat kerja tak cermat dan nak cepat siap.......dia guna asid untuk bersihkan tile dan asid tersebut tumpah merata dalam bilik air sehingga merosakkan tempat shower....bila saya tegur dia sbb kepulan asap asid memenuhi bilik utama saya dan merosakkan peralatan bilik air yang terdiri drp stainless steel. Pekerja Indon tu naikkan suara pada saya dan berkata "nak apa lagiiiiiiiiii". Memang saya terkejut sbb dia jerit kat saya......saya apa lagi terus jadi singa betinalah jerit balik kat dia " awak ingat saya beli rumah nie RM10 ke....bla bla bla". dah tak ingat lagi apa yang saya bebel kat dia. Saya terus turun dan buat aduan kat pejabat pengurusan pastu call boss dia dan membebel panjang. Perkara nie jadi besar jugak sebab saya mengamuk sampai semua pihak yang terlibat saya call dan marah-marah. Hari nie kontraktor tu sendiri turun dan tengok pekerja dia gantikan tile yg rosak sebab dicuci dgn asid dan ganti balik peralatan bilik air yang rosak sbb terkena wap asid tersebut. Bukan main baik lagi dengan saya.


Dalam tunggu pekerja tu siap menampal tile kat bilik air saya sempat buat inti karipap. Cadangnya nak buat karipap hari nie tapi tahap kemalasan tu tinggi.....so petang tadi baru tukar rancangan terus buat bancuhan tepung roti jala. Roti jala berinti kentang nie saya pernah makan masa duduk kat asrama. Sedap....saya suka makan macam nie. Oklah nie resepinya ye, untuk bancuhan roti jala saya guna resepi lynn@myresepi.



Roti Jala


Resepi diambil dari sini


Bahan-bahannya:



  • 450g tepung gandum

  • 1 camt garam

  • 1/2 camt serbuk kunyit

  • 450 ml susu segar

  • 3 biji telur (di pukul sedikit )

  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )

  • 2 camb mentega cair

  • minyak untuk melenser

  • acuan roti jala

(saya buat separuh dari adunan diatas)


Cara-caranya:



  1. Masukkan tepung gandum didalam bekas. Buat lubang di tengah tepung dan pecahkan telur, masukkan garam, mentega cair, serbuk kunyit.

  2. Masukkan air dan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Jika hendak adunan tidak berketul, masukkan bancuhan dalam blender dan blender sekejap.

  3. Biarkan bancuhan selama 15-20 minit

  4. Panaskan pan dan masukkan bancuhan kedalam acuan roti jala.

  5. Guna acuan dan buat kulit roti jala. Biarkan ia seketika sehingga masak.

  6. Angkat dan ambil 1 sudu makan inti dan letakkan atas roti jala

  7. Gulung seperti kuih dadar.


Inti Kentang


Bahan-bahan:-



  • 250gm kentang -di potong dadu

  • 100gm bawang besar- potong dadu

  • 1/2 cwn isi ayam - dipotong halus

  • 1/4 cwn minyak

  • 1 sb rempah kari

  • 3 ulas bawang putih

  • sedikit garam

  • 1/2 sb gula

  • 1 asam keping

Cara membuatnya:-



  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak dan kemudian masukkan kentang, isi ayam, bawang besar, asam keping dan air. Masak sehingga kentang empuk. Tambah air jika kentang belum empuk.

  2. perasakan dengan garam dan gula (ikut selera anda)

  3. Bila kentang sudah empuk, angkat dan sejukkan.


8 comments:

niey_muhaini said...

sedapnya roti jala letak inti karipap..td sy buat roti jala jg tp mkn dgn kuah durian. Esok2 nak try inti karipap plk.

Anonymous said...

cantik btol corak roti jala tuh.....guna acu roti jala tembaga ker??? i guna acu plastik hasilnya selalu dukacita...tlg la uplog gambo acu roti u. TQVM

bdaria said...

Niey_muhaini, cuba cari kelainan pulak makan roti jala.

bdaria said...

Anonymous, sila jenguk entry saya yang ini http://resepidaria.blogspot.com/2010/06/roti-jala.html

Kat sini saya tunjukkan acuan roti jala dan kat mana nak beli. Hope u dapat beli dan mencuba buat roti jala dgn acuan tu. Mudah dan cantik

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

memang cantik corak dia...hari tu saya buat langsung tak keluar ikut corong..rupanya kena blend yer...

bdaria said...

Nazrah,

Saya guna blender je sebab senang nak dapatkan tekstur yang tak berbiji/berketul.

Cik Kamoo said...

mana nak beli acuan roti jala yang canti mcm nie ....

bdaria said...

Salam Cik kamoo,

Acuan tu saya beli kat kedai Daiso, tingkat 3 The Curve. Kedai tu kat atas Borders. Semalam saya pergi kat sana, saya tengok acuan tu dah tak ada. Acuan tu cepat sangat habis. Kedai Daiso tu ada jugak kat IOI mall.