Friday, June 10, 2011

Chocolate Chip Muffin

Inilah muffin yang saya buat untuk dimasukkan kedalam gift box. Chocolate chip muffin resepi dari Nigella yang telah kongsi oleh Junjs11 kat myresepi. Dari awal pagi hari khamis lepas sehinggalah jam 3 petang barulah siap beratus-ratus muffin tapi dalam tempoh tu sempat jugaklah pergi Tesco untuk beli buah-buahan untuk hantaran kat Tesco.


Muffin nie sedap dan kaya dengan rasa coklat dan coklat chip. Kalau nak meniaga kenalah adjust resepi nie.....tak untung nanti tapi kalau nak makan.....memang puas hatilah kalau buat. Saya guna muffin cup yang jenis nie supaya senang nak buat banyak-banyak.






Sebahagian dari beratus-ratus muffin yang saya susun diatas tikar. Nampak cantik kan......tapi sebelum muffin nie jadi elok macam nie....ada jugak masalah....tak terus jadi elok. Cuba tengok nie




Ini adalah batch pertama bancuhan muffin saya. Untuk satu tray nie muat 35 biji muffin sekali masuk kedalam oven...boleh muat 2 tray tapi saya lambat nak masuk bancuhan dalam cup so hanya sempat siapkan satu tray bagi setiap masa.


Inilah hasil 'kejadian'nya batch pertama bancuhan muffin saya. lepas je masak 35 biji nie saya dok termenung fikir sebab mengapa begitu huduhnya 'kejadian' muffin nie. Tinggi sebelah....muffin tidak sekata...nampak tak menarik wp lembut dan tidak begitu moist. Masuk tray yang kedua.....hasilnya masih sama. lepas lama berfikir....saya adjust suhu oven...mula-mula saya letakkan ia pada 190 c lepas tu untuk tray ketiga saya turunkan suhu pada 160C......lepas dah adjust suhu barulah muffin saya jadi elok seperti yang diatas tu.







Kalau buat dalam cawan muffin yang bersaiz sederhana seperti ini, boleh dapat banyak biji untuk sekali bancuhan. Muffin saya nie sedap sebab coklat chip banyak dan saya guna susu kotak....saya tak adjust langsung resepi sebab memang niat saya supaya tetamu-tetamu saya dapat makan muffin yang sedap. Kalau tempah dah tentu tak akan dapat muffin coklat chip yang 'mewah' dan 'kaya' dengan rasa coklat. Coklat chip bukannya murah...1 kg hampir RM10.




Ini muffin yang telah di packing. Mujur kawan-kawan pejabat saya datang ke rumah untuk tolong saya bungkuskan muffin nie.


Dah puas tengok muffin tu....jom tengok resepinya pulak.


Chocolate Chip Muffin

Resepi diambil dari sini

photo & publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak (saya gantikan dengan margerin cair)
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla


Cara membuatnya:-


1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas. Campurkan gula kedalam tepung.

2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kunig telur

3. Masukkan susu cair kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu. Masukkan telur, minyak dan esen vanilla. Gaul rata.

4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c selama 10 minit terlebih dahulu.

5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin 3/4 penuh.

6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai hiasan. Tak letak pun tak apa sebab coklat chip dalam adunan dah terlalu banyak.

7. Bakar selama 20 minit (untuk cup besar seperti gambar diatas sekali). Bakar selama 16 minit untuk cawan muffin yang bersaiz sederhana.


Nota:-


- Jika anda lihat muffin anda naik tidak sekata, gemuk/tinggi/mengembang sebelah....itu disebabkan oven anda terlalu panas. kurangkan suhu oven.

- Untuk mengetahui berapa minit muffin anda perlu dimasak, cucuk muffin dengan pencucuk kek/lidi pada 16 minit pertama, jika tiada bancuhan melekat kat lidi maka dah boleh angkat.....jika melekat teruskan kepada 20 minit. Tujuannya adalah supaya muffin anda moist. Jika terlebih tempoh bakar dalam oven atau suhu terlalu panas....tekstur muffin akan jadi kering dan tidak moist.

- Masukkan bancuhan muffin dalam jug plastik untuk memudahkan ia dimasukkan kedalam cawan muffin.

- Untuk bancuhan yang banyak, saya gandakan resepi diatas dengan 4 kali. Sekali bancuhan dibuat saya guna 1 kg tepung dan 1 kotak susu. Saya gaul dengan mixer.



2 comments:

quinnie said...

assalammualaikum bdaria....bagus idea awak guna jug tu tuk isi adunan...kalau guna cup besar cam ni memang sesuai sgt....saya selalu pakai scoop ice cream je....awak letak choc chip kat muffin tu ye? choc chip ni biasa dia cair ke kalau kita letak dlm cc? saya selalu buat dia cam seketul je..keras cam asal jugak...memang macam tu ke?

bdaria said...

Walaikumusalam Quinnie, sebenarnya paling bagus guna scoop ice cream tapi kalau kita nak buat beratus-ratus biji muffin rasanya kita akan cari jalan macam mana nak cepat. Mula2 sy guna scoop ice cream tu tapi rasa lambat, saya tukar pada plastik 3 segi tu, ok jugak cepat tapi plastik tinggal 3 helai saja kemudian ubah bubuh dalam jug plastik tapi kena hati2 lah. Coklat chip memang seketul2 macam tu dia tak cair sangat.