Sunday, July 31, 2011

Fruit Tartlets



Hari jumaat lepas, saya belajar buat tartlet. Sebelum nie ada cuba jugak buat tartlet berdasarkan resepi dari internet tapi ia tidak begitu menjadi.......resepi dah ok cuma teknik yang kurang betul menyebab tartlet saya agak lemau bila inti kastad dimasukkan dalam tart shell. Selalunya bila saya buat dan hasilnya kurang memuaskan....saya tak publishkan dalam blog. Alhamdulillah, jumaat lepas dapat berpeluang menyertai kelas masakan yang bukan dikendalikan oleh chef tetapi oleh staff kami sendiri. Bayaran hanya RM5 sebab bayar untuk bahan-bahan masakan sahaja. Ilmu yang dikongsikan adalah sangat-sangat bernilai sebab banyak tips-tips diberikan....ilmu yang dikongsi secara ikhlas oleh Pn Mariyam atau Mak Yam. Terima kasih buat Puan Maryam....ilmu masakan yang dikongsikan sebagai sumbangan terakhir beliau sebelum bersara bulan hadapan.



Saya kongsikan resepi yang diperolehi dari Puan Maryam kat blog nie. Anda boleh mencuba resepi nie....resepi mudah dan senang dibuat. Hasilnya amat memuaskan hati.....kulit tart ranggup dan kastard dikombinasikan dengan buah-buahan menghasilkan rasa yang sangat enak. Tak rugi mencuba resepi nie.


FRUIT TARTLETS/TAT BUAH-BUAHAN

resepi disumbangkan oleh Pn Maryam

photo & Publish by resepidaria.com.my


Bahan-bahanya:-

A) Bahan Pastry

250gm butter (biarkan pada suhu bilik)


500gm tepung gandum (ayak banyak kali)


100gm gula icing (kurangkan kepada 50gm sahaja sbb buah2an dah manis)


1 tsp esen vanilla


2 biji telur (biarkan pada suhu bilik)



Cara membuatnya:-


1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali


2. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi serbuk roti.


3. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.


4. Pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga kembang


5. Masukkan telur kedalam bekas tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.


6. Panaskan oven dengan kepanasan 180 c (bergantung pada oven anda) api atas bawah.


7. Ambil sedikit doh dan bentukkan dalam acuan tartlet sebelum dibakar selama 10-15 minit atau sehingga ianya perang (bergantung kepada oven anda)


8. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara.


Nota:-


- Tujuan tepung diayak berkali-kali bersama gula icing adalah untuk mendapatkan kulit tart yang cantik dan licin. Jika kulit tart nampak mengerutu....itu bermakna bancuhan doh anda tidak begitu menjadi.


- Pastikan butter dan telur berada dalam suhu bilik sebelum digunakan. Jangan terus guna butter atau telur yang dikeluarkan dari peti ais. Jika guna buttercup, sila masukkan sedikit garam dalam bancuhan. Jika guna butter jenama lain....tak perlu masukkan garam.



B) Custard


1 biji telur


200gm gula halus


2 sudu makan custard (pastikan ia bumbun)


1/2 kotak susu segar / 500ml susu segar


Cara-caranya:-


1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. pukul guna whisk tangan sahaja. Tak perlu sampai gebu....cukup sehingga kembang sahaja.


2. Masukkan custard dan kacau sehingga rata


3. Masukkan susu segar dan kacau rata


4. Masukkan bahan-bahan yang disatukan ini kedalam periuk dan masak atas api dengan api sederhana.


5. Kacau perlahan-lahan sehingga berkilat dan kelihatan pekat.


6. Angkat dan terus sudukan kedalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.


7. Susun buah-buahan hiasan diatasnya.



8. Jika ingin berkilat, sapukan kunyaku jelly yang dicairkan atas buah-buahan (optional sahaja)


C) Buah-buahan hiasan









- Semua jenis buah-buahan dengan warna yang di sukai seperti strawberry, anggur, kiwi, nenas dan buah-buahan dalam tin seperti buah peach.



- Susun buah atas custard untuk hiasan



- Letakkan tart atas kertas cupcake.

5 comments:

Amie said...

wah! dah pandai buat tart ye... puas hatikan, nanti macam2 style boleh dihasilkan.

Amie memang ada hasrat nak belajar tapi asyik tertangguh2,

quinnie said...

seronoknya kalau dpt gi kelas macam ni...saya tak pernah lagi buat tart...salah satunya takut tak jadik dan kulit lemau....kalau rajin boleh cuba resepi daria ni nanti...:)

bdaria said...

Salam Amie,

belajar dgn rakan sekerja je bukan dgn chef tp bagus dia nie sbb dia share tips mcm2. Byrpun RM5 je...mana nak cari kelas RM5 dpt ilmu dan makanan lagi. Sy suka resepi ni sbb bahan2 dia mudah dan ada kat dapur semua org. Yg penting, ia tak lemau dan tetap ranggup wp simpan lama.

bdaria said...

Salam Quinnie,

Cubalah....buat tart shell dulu pastu simpan. Bila nak makan barulah buat custard.

Mekar said...

Sya pun suka buat tart. tp bila kita letakkn bancuhan kastad atas tart td jadi lembek kan dalm 2-3 jam kemudian?