Dalam menu diet saya, untuk lunch selalunya menu ringan seperti beehon sup, kway teow, sandwich, baked chicken with salad, baked salmon with salad dll. Kalau nak beli kway teow kedai, selalunya terlalu oily sebab tu saya mencari di internet bagaimana nak buat homemade char kway teow.
Saya jumpa satu blog nie iaitu neckredrecipes.blogspot.com, homemade kway teow yg dibuatnya begitu cantik sekali siap diselitkan dengan video step by step proses nak buat kway teow. Nice blog. Macam nie lah baru dinamakan blogger yang kreatif dan ada kelas tersendiri.....bukannya curi entry & gambar blog orang lain lepas tu publish kat blog sendiri. Itu perbuatan orang pemalas dan tak guna. Nak buat kerja senang saja.....habis semua entry kat blog kembangcabe.blogspot dan separuh entry kat blog saya di ciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ dia patut tukar nama kepada http://resepi.thiefNumberOne.com. Tak habis lagi marah saya hahahha
Saya rekemenkan kepada anda untuk mencuba resepi nie......memang bagussss betul resepi nie. Cantik je char kway teow.....memang tepatlah sukatannya. Saya belum goreng lagi sebab banyak bahan tak ada kat peti ais tu.
Oklah ini resepinya.....cuba tau jangan tak cuba, rugiiiii. Baik buat sendiri sebab tak ada bahan kimia dan kita tahu apa yang kita masukkan dalam makanan kita.
Homemade Kway Teow
Noodles
Sumber: Sila rujuk disini
Foto
and publish by resepidaria.blogspot.comBahan-bahannya (dapat 1/2 kg):-
- 150gm tepung beras
- 1 1/2 tbsp tepung wheat starch (tepung kanji gandum)
- 2 tbsp tepung jagung
- 400ml air sejuk (letakkan 2/3 ketul ais didalam air dan biarkan sejuk)
- 1 tbsp minyak
- 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
-
Didalam bekas, campurkan semua tepung beras, tepung jagung dan wheat starch. Masukkan air sejuk/air peti ais dan gaul rata.
-
Masukkan minyak dan garam. gaul sebati.
-
Ketepikan bekas bancuhan dan biarkan selama 1 jam atau lebih
-
Sediakan bekas pengukus atau steamer. Panaskan air kukusan.
-
leserkan sedikit minyak pada setiap permukaan tray anda
-
Hasil kway teow bergantung kepada tray anda.....saya guna 5 tray untuk kukus dan satu tray tidak menghasilkan kulit yang cantik sebab tray tersebut agak nipis. testing dulu yang mana elok.
-
Kacau adunan tepung anda dan ambil 1/2 senduk dahulu dan tuang kedalam tray.....biar ia merata di permukaan tray, jangan terlalu tebal....agak2. Buat satu dulu lepas tu yang lain tu anda adjust sukatannya.
-
Kukus selama 5 minit.
-
Angkat tray dan letakkan diatas dulang yang berisi air supaya ia cepat sejuk.
-
Tunggu sampai betul-betul sejuk dulu baru tarik keluar kulit kway teow dari tray.
-
Gulung kulit kway teow seperti gambar dibawah nie
-
potong dalam anggaran 1/2 inci @ terpulang kepada anda
-
-
Buka gulungan kway teow dan letakkan dalam bekas.
Nota:
-
Tepung wheat starch anda boleh dapati dari Bakewithyen atau di supermarket. Masyarakat cina banyak guna tepung nie dalam masakan mereka seperti untuk buat dim sum. Tepung ini menghasilkan kulit kuih yang lutsinar.
-
Biar betul2 sejuk, baru tarik keluar kulit dari tray.
-
Jika anda lihat gambar di nombor 9, tray tersebut tidak menghasilkan kulit yang cantik. Kulit jadi sedikit berkedut dan melekat dan tidak licin. Testing dulu tray anda....jika hasil tak cantik, guna tray lain. lepas kulit dikeluarkan dan basuh tray tersebut dan lap bersih dan sapu sedikit minyak semula.
-
Minyak hendaklah disapu nipis dan rata.
-
Tray saya 4 segi sebab saya guna trio steamer. Cuba guna tudung periuk yg leper tu mungkin boleh buat jugak kot macam nak buat laksam.
-
Psstttt cuba buat lapisan nipis-nipis ye sbb kalau tebal tak sedap.
6 comments:
Bdaria
thanks for sharing this recipe & tips..akak amik resepi ya..insyaAllah ada masa nak jugak try..sebab kway teow laju gak kat umah ni ;)
salam kenal,
terima kasih krn berkongsi menu2 sihat utk diet...utk diet ni sy rasa semangat kena kuatkan...cam saya ni, azam tu ada, tp semangat tu ke laut..hehehe...
Salam kenal juga buat Yati Ali. Untuk tahan godaan makanan maka semangat kenalah ada. Minggu pertama agak sukar nak kawal tapi bila calorie awareness dah tinggi, org offer mknn pun kita boleh tolak @ just rasa sikit. Skrg bila sy terasa kalori diambil lebih 1600 maka cepat2 gi gym buat excersice extra cover balik.
Yat maria. Cubalah tapi terus goreng ye lepas buat baru sedap. Sy goreng sikit2, gorengan pertama sedap tapi bila dah simpan lama dlm peti, dia dah tak sedap lagi, raa macam makan tepung.
salam bad. cantik la koteow ni. cara macam buat laksam kan.
Cek Chun, memang macam buat laksam cuma bezanya laksam tebal
Post a Comment