Dalam minggu nie saya diperkenalkan dengan interval program. Interval training is a great fat-burner. Contohnya jika kita mengunakan treadmill. Berjalan pada 'comfortable pace' kita contohnya kelajuan selesa saya ialah 6km/hr so saya akan mula dengan 4 minit dan kemudian naikkan kelajuan pada 7km/hr untuk 1 minit. Selepas 1 minit laju berakhir, turunkan semula kepada 6km/hr selama 4 minit lagi kemudian naikkan kepada 7km/hr untuk 1 minit dan ulang sampai habis tempoh exercise yang kita buat kat treadmill. Jangan buat 1 minit normal dan kemudian 3 minit laju.
Oklah ini menu diet saya pada
hari selasa lepas.
Sarapan
-
Sandwich tuna dengan salad
Lunch
- Beef noodle soup, 1 mangkuk (16.5 cm)-------------188 kalori
Resepi untuk beef noodle nie saya ambil dari
allrecipes.com yang disumbangkan oleh brenda loop. Tengok ramai sangat yang
puji so saya pun try lah. Dia guna egg noodle tapi saya gantikan dengan flower
noodle (sy beli kat cosway). Soup dia memang sedap tapi bila saya gabungkan
dengan flower noodle jadi tak kena pulak. Kena cari egg noodle jugak baru
sedap agaknya.
Beef
noodle soup
Saiz hidangan: 6 orang
Bahan-bahannya
- 455gm daging-dipotong kuib
- 160gm onion - dipotong
- 12gm celery-dipotong
- 0.1gm dried parsley (saya tak letak)
- 1 gm lada hitam ditumbuk kasar (saya letak 1/2 sudu makan)
- 130gm karot-dipotong
- 1300ml air
- 225gm egg noodles
- sedikit garam (sy tambah yang nie)
- Sedikit lada sulah (sy tambah jugak)
- Sedikit halia (sy tambah)
Cara-caranya:-
- Panaskan periuk anda dengan api yang sederhana panas. Masukkan daging, bawang, celery dan kacau selama 5 minit atau sehingga daging berubah warna.
- Masukkan air, karot, parsley, lada hitam, halia, lada sulah dan tutup periuk. Perlahankan api biarkan ia mereneh selama 30 minit. Masukkan garam dan tutup api.
- Saya rebus dulu noodle sebelum dimasukkan
dalam periuk sebab tak nak dia kembang sangat dan nak bawak bekal
keesokkannya so tak boleh masukkan terus dalam periuk sepertimana resepi
asal.
Minum petang
- Sebiji epal
- Secawan teh + 1/2 sudu teh gula
Dinner
Dalam menu plan, makan malam
adalah home-cooked nasi goreng tapi saya gantikan dengan beef noodle jugak
sebab dah buat banyak. kenalah makan jugak. Yang penting jangan sampai
kalori melebihi 1600 sehari. Setakat nie saya tengok saya hanya makan dalam
around 1200-1300 kalori saja sehari.
0 comments:
Post a Comment