Saturday, October 16, 2010

Week 1, Day 5

Jumaat 15hb, hari ke 5 dalam program thebiggestloserclub asia. Hari nie sedikit cabaran terpaksa dihadapi. Apabila sampai ke ofis jam 7.15 pagi, selalunya saya terus ke pantry untuk sarapan. pagi nie saya ambil 2 keping wholemeal bread dan milo + susu HL. Lepas sarapan saya turun ke bilik saya. Masa sarapan my fren cakap dia teringin sangat nak makan lontong. Saya kata ada restoran berdekatan yang ada jual lontong diwaktu pagi. Masa saya kat bilik, my fren datang dan ajak keluar sarapan kat restoran yg saya cakap tu....mulanya saya tolak tapi bila 2 kawan lain turut ajak saya terpaksa mengalah dan pergi jugak.

Masa makan lontong kat restoran tu, saya kata kalori dalam lontong nie mesti dalam lingkungan 600 kalori. My fren said mesti lebih coz lontong dihidangkan dengan sayur lodeh dan juga telur mata kerbau. Sekembali dari restoran tu saya terus buka laman web thebiggestloserclub dan tengok berapa kalori untuk lontong.......nahhhhh 798 kalori. Separuh dari target kalori pada hari nie sedangkan baru jam 8.30 pagi.....mak aiiiii panik jap. Akibatnya saya tak keluar makan tengahhari dan hanya minum air kosong sahaja hingga ke petang.

Kali nie saya nak bercakap berkenaan In dan Out kalori. Bagi wanita berumur 30an dan bekerja di pejabat kalori yang diperlukan sehari adalah lebih kurang 2100 kalori. Dalam proses untuk menguruskan badan, kalori yang dibenarkan untuk masuk dalam badan adalah 1600(target saya....lain untuk setiap individu). Lebihan 500 kalori lagi akan diperolehi dari lemak-lemak yang terkumpul dibadan. Jika hendak kalori keluar lebih banyak maka senaman perlu dilakukan tidak kurang sejam sehari.

Ini menu diet saya untuk hari ini.

Sarapan
  • Wholemeal bread, 2 slices 167 kalori
  • Milo + susu HL 238 kalori
  • Lontong with sayur lodeh 798 kalori
  • air kosong 1 gelas 0 kalori
Makan tengahhari
  • Air kosong 3 gelas
petang
  • Air kosong 3 gelas
Makan malam
  • Rockmelon 4 slice nipis
  • Kopi kosong 2 kalori
latihan/excersice
  • Body step 45 minit (-) 406 kalori
  • Walking 30 minit (-) 99 kalori
Alhamdulillah kalori yang saya ambil hari nie masih dalam target kalori 1600.

0 comments: