Mesti anda semua
pelik, dah lebih sebulan raya berlalu tapi tiba-tiba keluar entry ketupat
palas. Saya suka pulut so mak saya memang dah tahu yang ketupat palas adalah
my favorite. Selepas balik dari Kedah, mak saya buatkan ketupat palas dan
frozenkan. Dia call saya suruh balik dan ambil ketupat palas tersebut.
Resepi ketupat palas nie tak ada sbb mak saya yang buat....yang saya tahu
dia masak dulu santan dan kemudian baru masukkan pulut dan kacau sebentar
sehingga pulut separuh masak. Saya cuma tahu buat kelongsong ketupat palas
tapi tak tahu balut ketupat palas wp tiap2 tahun mak saya ajar cara balut
tapi tak pernah pandai. Adik ke 2 saya kata salah seorang dari kami kena
pandai buat ketupat palas....adik ke 3 saya pandai so oklah dah ada bakal
penganti.
Rupanya ketupat palas boleh di frozen (kat tempat beku) dan setelah lebih sebulan saya baru teringat nak makan dan semalam baru rebus semua dan kemudian masukkan semula dalam peti. Bila nak makan baru saya gorengkan semula dalam non stick wok dan inilah ketupat palas goreng yang garing...bestnya.
Ketupat palas yang telah digoreng garing. Bubuh sedikit saja minyak kedalam kuali/wok dan kemudian tutup. Alih-alihkan supaya ia garing sama rata. Api biar perlahan sahaja supaya tidak hangit. Ada orang goreng dengan mengunakan minyak banyak tapi kalau nak kontrol kalori hindari dari buat macam tu.
Saya tak perlu rendang jika makan ketupat palas cukup kalau ada susu pekat atau madu.

4 comments:
salam kenal..sya selalu lalu blog badaria..mesti nk jenguk jer klu de blogger yg hapdet blog..hi2..
emmm sedapnya ketupat palas..mmg peberet sya..hu..hu..
Hari raya tempohari saya hanya rebus ketupat palas frozen yg telah saya buat sebulan awal. Senang dan memudahkan kerja.
Azian, saya tak pandai buat ketupat palas. Klu nak makan kenalah tunggu mak yang buat. Raya tahun lepas mak gi mekah, so kempunan tak dapat makan ketupat palas...tahun nie baru dapat makan.Sebab tu tahun nie mengada2 suruh mak buat 2 kali satu utk raya satu untuk frozen.
Mamahikal's. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog nie.
Post a Comment