Wahhhh...rindunya kat blog nie. Saya berehat
sebentar untuk adjust kembali habit diet seharian. Sebenarnya amat susah
untuk meninggalkan kebiasaan....kembali bersarapan dengan oat, makan setiap
3 jam dengan kuantiti yang sedikit, tinggalkan habit makan makanan yang
lazat2...amat sukar sungguh tapi syukurlah...sedikit demi sedikit saya dapat
kembali ke habit asal. Selama hampir sebulan...dapur saya tidak
berasap....saya dah jarang singgah di supermarket....hanya sekali sekala
untuk beli sekotak susu. Tidak memasak sebenarnya amat menjimatkan bagi
orang yang makan seorang seperti saya.
Tengoklah apa dah jadi dengan keledek nie. Dah
bertunas....kena buat something sebelum ia rosak. Terkejut tengok keledek
bertunas panjang seperti nie selepas bukak gerobok.
Ini adalah rebung masak kari dengan ayam kampung.
Mak saya bawak balik rebung nie dari Changlun, Kedah. Seperti biasa kalau
nak makan rebung kenalah balik ke Changlun. Seminggu lepas raya mak saya
call minta saya balik ke Pahang sebab dia nak saya makan rebung yang dia
masak. So masa nie dah tak kira pasai diet...masakan mak kenalah
makan....saya ratah je rebung nie. Rebung nie paling sedap kalau buat kari
macam nie atau buat pajeri huhhh bestnya.
Saya nak selitkan jugak cerita pasal si comel
diatas. Ini adalah kucing kesayangan mak saya. Adik bongsu saya jeles dengan
kucing nie. Mak saya bela kucing nie ketika masih merah.....dibuang oleh
orang di kawasan tahfiz. Seorang pelajar tahfiz kesiankan anak kucing yang
kesejukan dan bawa bagi pada mak saya. Sejak tu mak saya bela kucing nie dan
berikan ia nama puteh atau teh. Masa balik Pahang mak saya bawak balik
sekali puteh...tapi masa dia balik ke Kedah raya ke 3, dia tinggalkan puteh
pada saya. Puteh seolah2 mengerti bahawa dia ditinggalkan...dia langsung tak
mahu makan dan asyik tunggu kat bawah kereta mak saya (mak saya balik dengan
kereta adik). Bila malam jenuhlah saya panggil teh supaya masuk. Selama 3
hari dia tak makan...jenuhlah saya beli whisker, goreng nuggets...goreng
ikan....tapi dia sentuhpun tak. Risau sungguh tengok keadaan teh masa tu.
Mujurlah hanya 3 hari selepas mak saya balik....barulah teh riang kembali
dan mula makan whiskers dia. Kucing nie bijak tau...dia tahu masuk tandas
(jamban mencangkung tu) bila nak b*r*k, dia akan 'membuang' ditepi lubang
dan kemudian mak saya akan curah air sbb tu mak saya sayang sangat kat
puteh. Macam ada connetion antara mereka berdua. Puteh patuh pada cakap mak
dan faham apa yg mak saya cakap.
2 comments:
salam daria...
Saya penggemar rebung madu tu, stok pun dpt kalau kak sedara balik ke Perlis, memang sedap dibuat kari..
Salam CMG.
Saya pun kalau teringin nak makan rebung kenalah balik Kedah. Kat KL nie saya pernah nampak ada yg jual tapi biasalah rebungnya keras...nak untung pastu mahal pulak.
Post a Comment