Wednesday, October 13, 2010

Week 1, Day 1

Pada 11hb saya memulakan program thebiggestloserasia club. Saya tak sempat nak shopping so saya tak ikut sangat menu yang diberikan tapi saya tukar sedikit menu dengan apa yang ada dalam peti ais saya.



Mencatatkan apa yang dimakan seharian di My Diary adalah amat penting dalam menjayakan program diet ini. Setiap makanan yang dimakan akan dicatatkan dan calorie countdown akan menunjukkan takat calorie yang telah diambil bagi memudahkan kita memantau pengambilan makanan seterusnya.

Calorie countdown membolehkan saya memantau calorie yang telah diambil samaada ia terlalu berkurangan atau terlalu berlebih dari target calorie. Diakhir hari 11hb baki calorie adalah 124 dari 1600 target calorie.

Selepas ofis saya ke gym dan melakukan latihan sebagaimana yang ditetapkan dalam excersice plan untuk week 1.

Ini menu diet yang diberikan untuk hari pertama minggu 1

Breakfast
  • Thosai, 2 piece(s)
  • Sweet tomato chutney, 50 g, 3 tbsp
  • Rockmelon, 2 thick slice(s)

Total 298 calorie

Lunch

  • Fried kway teow, Malay style, 1 plate(s) (23cm)
  • Mixed vegetables, sauteed, 1 plate(s) (20cm)
  • Dim sum, dumpling, chives with minced prawn, steamed, 2 piece(s)

Total 522 calorie

Dinner

  • Chicken in soya sauce, 100 g
  • White rice, cooked, 0.5 cup(s)
  • Mixed vegetables, sauteed, 1 plate(s) (20cm)
  • Fresh fruit, any type, 1 piece(s), e.g. paw paw, banana

Total 499 calorie

Snacks

Assorted Snacks

  • Red bean pow, 1 whole
  • Soyabean milk, without sugar, hawker centre, 1 cup(s)

Total 288 calorie

Saya telah adjust sedikit menu untuk lunch. Saya tukarkan kway teow goreng kepada sup sayur dengan ayam dan nasi sebanyak 1/2 cawan. Bekas nasi tu hanyalah sebesar tapak tangan sahaja dan mangkuk tu sebenarnya yang bersaiz kecil tapi nampak besar dalam gambar.

Sup sayur bersama ayam

Bahan-bahannya

1 ketul dada ayam-dipotong kecil
4 ulas bawang putih-dihiris
seikat sayur sawi
1/2 sudu kecil lada hitam
sedikit garam
air secukupnya
1/2 sudu makan minyak masak

Cara-caranya
  1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  3. Masukkan air
  4. Masukkan ketulan ayam dan tutup tudung periuk, perlahankan api. Biarkan ia mereneh.
  5. Apabila bawang putih dan ayam telah kelihatan timbul dipermukaan air maka masukkan lada hitam dan batang sawi
  6. Biarkan sebentar kemudian masukkan daun sawi dan tutup api
Hidangan untuk 4 orang. Saiz mangkuk kecil untuk seorang.


0 comments: