Sunday, October 31, 2010

Week 3, weight in results

31hb October 2010. Hari ini adalah hari timbangan untuk minggu ke 3. meletakkan result timbangan untuk setiap minggu sebenarnya memberi sedikit tekanan kepada saya. Mesin penimbang memang saya simpan dan hanya bukak pada hari ahad sahaja...... agak risau sebab takut berat tidak turun minggu ini. Tekanan tersebut adalah dorongan kepada saya supaya sentiasa berusaha dan ingat matlamat saya.

Saya tak letak weight in results untuk bermegah tetapi ini adalah cabaran kepada diri saya....supaya saya tidak malu kepada anda jika berat saya tidak turun, atas sebab itu saya harus berusaha. Saya juga nak tunjukkan kepada anda semua bahawa diet bukan bermakna kita perlu berlapar......tapi makan dengan cara yang betul dan sihat.



Sebenarnya lutut saya masih sakit tapi minggu nie saya ubah latihan. Kelas yang melibatkan hentakan kaki seperti body step, body attack dan body combat....saya tinggalkan dulu buat sementara. Saya mula masuk kelas body vive....dulu saya selalu ingat body vive nie untuk orang baru saja tapi bila masuk baru saya tahu walaupun kelas nie slow tapi ia menumpukan excersice yang melibatkan small muscle. Untuk latihan kardio, minggu nie saya dah naikkan kelajuan dari 5.5km/hrs kepada 6km/hrs untuk 4 minit pertama dan 7.5km/hrs utk 1 minit selama 60 minit sehari. Alhamdulillah lutut saya boleh terima. Kelas pilates saya masuk untuk otot perut dan body pump untuk latihan beban.

Inilah resultnya.....saya berjaya turunkan 1 kg minggu nie. Alhamdulillah selama 3 minggu saya sudah berjaya turunkan sebanyak 3.6 kg.




Walaupun saya happy dengan penurunan berat badan pada minggu nie tapi tiada pengurangan pada ukur lilit waist so ia buat saya tertanya-tanya, masih kurangkah exersice yang perlu dilakukan untuk bahagian abdomen.

Perubahan yang saya rasa sehingga minggu ke 3 ini....seluar jean saya kena pakai tali pinggan begitu jugak seluar2 yang lain. Wp masih belum boleh pakai seluar jean yang lama tapi sudah nampak ia menuju kearah itu.....saya kena lebih berusaha.

0 comments: