Petang semalam
buat roti jala....nak try guna pan yang dibeli dari Chik
Mimi. Wah.....bestnya, senang kerja guna pan nie. Terima kasih
banyak-banyaklah chik mimi bersusah payah beli dan poskan kepada saya. Saya
buat roti jala dan makan dengan kuah durian. First time sebenarnya makan
roti jala dengan kuah durian....apa-apapun sedap lagi makan dengan
kari....kena pulak dengan kari daging.
Sepanjang pagi tadi dan sekarang nie saya sakit perut....waduh mujurlah tandas kat ofis nie depan bilik je. Nie lah akibatnya kalau langgar pantang....saya tak boleh makan makanan yang mengandungi gluten iaitu makanan dari tepung gandum. Tension sungguh bila kena allegik mcm nie. Sakit perut saya akan berpanjangan sehingga seminggu jika terlalu banyak ambil gluten. Saya nie degil sikit......selagi tak berguling2 dan hanya setakat berulang alik ke toilet aje masih nak makan lagi kuih2 yang dibuat dari tepung gandum. Tapi hari nie rasa lain macam pulak sbb puasa kot.
Oklah nie resepi roti jalan dan kuah durian yang saya buat. Resepi nie lain sikit dari resepi roti jala yang saya pernah postkan dahulu.
Roti Jala

Bahan-bahannya
1/2 kilo tepung gandum (500gm)
1 tin susu cair
1 biji telur
2 tin air (guna tin susu cair tadi)
sedikit garam
1 sudu makan minyak masak
sedikit pewarna kuning (saya guna serbuk kunyit)
Cara membuatnya:-
- Ayak tepung dan masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur, susu cair dan air serta pewarna. Kacau sehingga sebati. Jika nak senang masukkan kedalam blender.
- Tapis tepung yang telah dibancuh supaya tiada ketulan tepung. Bancuhan tepung jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
- Kemudian baru dikirai diatas kuali leper mengunakan acuan roti jala
Kuah Durian
Bahan-bahannya
3 ulas durian
500ml santan (saya guna 200ml santan pekat + 300 air)
1/2 susu makan tepung gandum
2 sudu makan gula (ikut kemanisan yg anda suka)
sedikit garam
daun pandan
Cara-cara membuatnya:-
- Masukkan semua bahan diatas (kecuali tepung gandum) kedalam periuk dan kacau sehingga pekat atau sehingga isi durian tertanggal dari bijinya.
- Tambahkan sedikit tepung gandum untuk
memekatkan kuah.
Nie sajalah hidangan saya untuk berbuka puasa. Lepas balik terawih pekena pulak dengan ais nie. nyaman je rasanya sbb semalam panas sungguh. Ais krim nie simple je....saya masukkan jus oren yang dalam kotak tu kedalam acuan ais nie. simpan dalam peti sampai keras. Bila nak makan....letakkan bekas ais nie kat air yg mengalir supaya ais kita senang nak dikeluarkan.
2 comments:
Assalamualaikum...Berapa harga botol dan pan yg dlm gambar tu?
Harga botol tu RM5 sbb kedai tu semua barang berharga RM5.