Sunday, August 8, 2010

Cornflakes Cluster praline

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.one. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.

Saya buat Cornflakes Cluster Praline nie jumaat malam untuk menghabiskan sedikit coklat yang saya ada. Resepi nie saya pelajari masa kelas biskut chef dekat BWY tempohhari dan chefpun dah ada publishkan resepi nie dalam blog beliau.

Biskut nie sangat-sangat sedap sebab saya masukkan praline paste. Saya ada beli praline paste nie dari chef tempohhari. Biskut simple yang pasti anak-anak anda akan menghabiskannya sebelum sempat raya. Resepi boleh dapatkan disini .


Saya guna periuk nasi elektrik supaya coklat tak cepat beku semasa hendak memasukkan kedalam kertas acuan....tip dari chef. Biskut mudah yang tak perlu oven. Saya tak hiasi biskut dengan coklat putih sbb tak ada dan lagipun ia hanya untuk kunyahan semaa menonton sahaja. Yang pasti separuh bekas sudah habis hanya sambil menonton TV sahaja pada jumaat malam.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Bdaria,

Cornflakes akan lemau tak kalau disimpan lama?? Sy nak cuba resepi ni utk raya. Tks :)

anie

bdaria said...

Anie. Guna cornflakes kellogs dan kekacang harus dibakar dulu sblm masuk kedalam cornflakes. coklat jgn bagi kena air. praline paste boleh digantikan dgn nuetella. baki yg sy buat masih ada lagi & ia tak lemau.Cubalah sbb memang sedap. pakai coklat yg mahal spt jenama sicao.

Anonymous said...

Tks for the reply Bdaria,

Sy skarang tinggal kat NZ..so susah lah sy nak cari jenama cornflakes dan coklat yg sama. Hmmzz rasanya kellogs ada, nanti sy check lagi kat supermarket..hehez. Guna cornflakes yg biasa jer kan bukan yg ada salut gula punya? Sy rasa nak guna cooking chocolate brand nestle...agak2 awk cukup bagus tak? Tks for the tips & resepi, kalau berjaya nanti sy beritahu awk. :)

anie

bdaria said...

Anie. cubalah...jangan lupa bagitau. Coklat masakan tu ikutlah jenama apa yg ada tp biarlah yg jenis mahal sikit sbb kita sendiri nak makan. Nutella kena ada...itu penyedap. Cornflakes yg biasa tu. Saya pun akan buat dlm minggu nie sbb nak bagi kawan sebekas sbg buah tangan.

Anonymous said...

Salam Bdaria,

Alhamdullilah, beruntung kawan awk tu...murah rezeki dia :) Anyway, sy dah cuba resepinya hari ni...baru abis ni. Aduhhh sakit pinggang, sebab sy buat 2 adunan...hehehez tapi mmg berbaloi!! Sy hias skali dgn white chocolate mcm di blog Chef Asma. Yummmy skali, hubby sy kasi cop jempol walaupun dia tak suka nutella. Tapi dia cakap "I like the nutella in these cookies, taste like ferrero rocher." Terima kasih skali lagi sy ucapkan kepada bdaria kerana sudi berkongsi resepi ni. Tak rugi mencuba...slamat menjalani ibadah puasa seterusnya. =)

-anie-