Biskut sampan
atau nama glamornya crumble ship cookies memang kegemaran saya sejak kecil
lagi. Bila pergi rumah orang yang buat biskut nie maka itulah hidangan yang
saya akan makan sampai habis sebekas biskut kat rumah orang tu. Mak saja
bukan pakar kuih2 moden...dia hanya tahu buat butter kek saja....yang lain2
tu dia tak pernah buat dan sejak kecil susah nak dapat biskut kat rumah kami
bila raya.
Sebab tu bila saya buat dia asyik cakap 'jangan buat banyak2 nanti membazir sapa nak makan'. Dia terlupa kot yang dia dah ada 8 orang cucu dan yang paling sulung baru darjah 5 iaitu anak adik yg kedua. Mereka semua dah siap kira berapa banyak duit raya yg akan mereka dapat dari mak long, pak cik, pak su dan dari mak uda mereka sbb alhamdulillah tahun nie semua adik2 saya bekerja termasuk pak su mereka. Kalau pak cik mereka bagi RM10 maka mak long kena bagi lebih pada tu iaitu RM50 seorang sbb mereka kata mak long paling kaya....sabar je saya dengar.....saya dah prepare RM500 utk mereka sahaja. Pesanan nie disampaikan oleh opah mereka pada saya semalam....pandai budak2 sekarang.
Yang paling kesian bila saya dapat tahu yg anak saudara saya darjah satu sanggup puasa penuh tahun nie sebab nak duit raya lebih dari saya. pagi tadi masa saya kejutkan dia bersahur....saya kata ' kalau nabilah letih sangat tak yahlah puasa hari nie'....mak long bagi jugak duit raya banyak' tapi dia tetap bangun dan duduk kat meja makan. Oklah sebab dia tak puasa sbb duit raya tu...hehehe. Semalam muka dia pucat lesi dan asyik nak menangis saja....pantang mak uda dia usik sikit terus menangis.
Saya dah lama beli acuan biskut sampan nie.....tapi tak pernah lagi cuba buat. Kali nie baru pertama kali buat....kismis tu anak saudara saya yg tolong potong sbb tu besar2 sikit.....nak tegur nanti merajuk pulak budak tu sbb dia jenis ringgan tulang bila bab masuk dapur. Ini resepi yang saya gunakan untuk buat biskut sampan nie.
Biskut Sampan/Crumble Ship Cookies
Sumber: Buku Festive cookies by Chef Asma
Bahan-bahannya
Pastri:-
130gm mentega
70gm gula aising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh perasa vanilla
1 sudu besar air ais
Inti:-
60gm mentega tanpa garam
100gm gula kasar
70gm badam kisar
50gm tepung gandum
50gm kismis kuning-cincang
20gm ceri hijau-cincang
20gm ceri merah-cincang
20gm parutan kelapa kering-dipanggang
Cara-cara membuat pastri:-

- Ayak tepung dan gula didalam mangkuk adunan
- Adun mentega kedalam tepung sehingga menjadi serbuk roti
- Tambah telur kuning, perisa vanilla dan air ais
- Bentukkan doh menjadi bulat dan sejukkan sebelum digunakan.
- Gaulkan semua bahan-bahan sehingga menjadi serbuk roti
- Ambil 1 biji doh pastri dan bentukkan didalam acuan sampan
- Masukkan inti dan susun dalam dulang pembakar
- panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150 C
selama 15-20 minit sehingga kekuningan
5 comments:
salam ida.kita pun ske bskut smpan ni..cma nk buatnya tu remeh skit kan..
Maz, memang remeh sikit tapi kalau ada pembantu cepat je siapnya. Sy pun first time buat sbb acuan sampan yg saya beli tu mahal so kenalah buat kan.
salam perkenalan,terima kasih akan resepi biskut sampan, saya dah pun buat,memang sedap.biskut ini dah lama saya nak buat dan akhirnya saya ebrjaya bmembuatnya.Ramai rakan-rakan saya kata sedap.
salam pteang Daria, hari raya ini saya telah pun buat biskut sampan dari resepi blog anda.Memang sedap.terima kasih ya.saya sanggup membeli acuannya yang berharga rm40.00.sedap sangat-sangat.mengiller saya makannya.
Salam anonymous,
Terima kasih kerana bagi komen selepas cuba resepi nie. Tak rugi beli acuan mahal ye....kalau tak jadi mmg frust jugak. Tahun nie sy tak buat biskut nie...tersimpan je acuan tu....tu rugi kalau beli hy utk buat setahun sekali.
Post a Comment