Monday, August 2, 2010

Pulut Kacau/wajik durian bergajus

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com/ @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==========================================


Orang utara panggil wajik nie pulut kacau. Masa saya call mak saya dan bagitau yang saya tak jadi balik....beliau mengeluh durian banyak sapa nak makan. Saya kata mak buatlah pulut kacau bubuh durian. lepas letak je telefon teringin lak nak makan pulut kacau bubuh durian. So ini yang saya buat pada petang ahad. Saya bawak ke ofis pagi nie untuk dimakan bersama kawan-kawan.....tektik supaya saya tak makan habis sebekas tu. Inilah resepinya....semua orang dah tahu kan sbb nie kuih tradisi kita...tiap2 kali kenduri mesti ada...wajib ada...kalau tak rasa tak lengkap lak kenduri tu.


Pulut Kacau/Wajik durian bergajus
Photo and recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

300gm beras pulut, dibersihkan dan direndam
120gm gula melaka
120gm gula pasir
1 cawan air panas
Santan pekat RM2 @ sebiji kelapa ambil 3 cawan santan
3 cawan air (ini jika guna santan pekat/pati santan)
3 @ 4 ulas durian
1 cawan gajus yang telah digoreng/dibakar
1/4 tsp garam

Cara-caranya:-
  1. Bersihkan pulut dan rendam selama 3 jam
  2. Kukus pulut sehingga masak, angkat dan ketepikan
  3. Cairkan gula melaka dengan 1 cawan air panas dan tapis
  4. Masukkan gula, air gula melaka dan 3 cawan air + pati santan dan garam
  5. Kacau air gula melaka sehingga ia menjadi pekat dan bertali. Kacau sentiasa @ pastikan anda sentiasa berada dekat d engan kuali sbb air gula melaka nie mudah meruap.
  6. Apabila sudah pekat dan bertali, masukkan pulut kukus tadi. Kacau rata
  7. Masukkan isi durian dan kacau sehingga kering atau separuh kering. Terpulang kepada citarasa anda. Akhir sekali masukkan kacang gajus dan kacau rata
  8. Angkat dan masukkan kedalam bekas yang dilapik dengan daun pisang.
psst....yang bulat dalam pulut kacau tu bukan telur rebus ye tapi tu biji durian. saya masukkan sekali isi dengan biji durian dalam pulut kacau. Saya tak suka manis so sukatan gula tu memang untuk citarasa saya, jika anda suka manis boleh tambah gula menjadi 150gm.

2 comments:

azian said...

Salam Bdaria,
Saya tak pernah makan wajik yg ada gajus ni..tentu lebih lemak lg.
Terasa nak mencuba resepi ni pula....

bdaria said...

Sebenarnya saya try aje, gajus banyak kat dlm petiais saya so saja nak habiskan. Memang sedaplah sbb ranggup gajus lemak manis pulut dan harum durian mmg syoklah makan. Cuma make sure gajus digoreng garing pastu masukkan last sekali supaya gajus tak lemau bila bercampur dgn pulut kacau.