Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @
resepi.thief no.one. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog
beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak dan minta beliau
removekan 45 entry dari blog saya yang telah diciplak oleh beliau.
Inilah hidangan
berbuka puasa semalam. oleh kerana dibulan puasa, waktu malam dah tak ada
masa nak duduk kat depan pc maka time rehatlah saya postkan entry untuk
jaudah berbuka semalam. Azam bulan puasa tahun nie adalah untuk mengurangkan
pembaziran so saya sedaya upaya (setakat nie...belum tahu esok lusa) untuk
tidak mengunjungi pasar ramadhan...sorrylah para peniaga pasar ramadhan.
Semalam agak bimbang jugak sampai lewat kerumah sebab nie puasa pertama di
ofis Damansara Perdana so semalam jam 5-15 ptg sampai rumah...oklah not bad.
Keluarkan ikan.....basuh beras and tanak nasi. pastu baru masuk bilik tukar
pakaian, mandi dan sembahyang. Jam 7 semua dah siap masak. fuhh ini pertama
kali anda lihat hidangan lengkap macam nie dipostkan dalam blog saya. kalau
bukan bulan puasa jangan haraplah nak nampak saya masak nasi dengan lauk
pauk macam nie.
Saya buat sup
ikan merah (lauk kegemaran arwah ayah, bila puasa inilah yg selalu dia minta
mak masak), sayur campur, sambal tomato dan ikan masin goreng. Oklah
tu.....makan sorangkan. Banyak sangat jaudah nanti malas nak gi terawih sbb
kekenyangan dan lepas tu tong sampah yang kenyang.
resepi sup ikan merah saya simple saja. tak banyak bahan yang dibubuh..faham2 sajalah kalau peti ais orang yg jarang masak lauk pauk...banyak benda yang tak ada. Resepi saya nie sama sajalah yang kat sup bunjut adabi tu.
resepi sup ikan merah saya simple saja. tak banyak bahan yang dibubuh..faham2 sajalah kalau peti ais orang yg jarang masak lauk pauk...banyak benda yang tak ada. Resepi saya nie sama sajalah yang kat sup bunjut adabi tu.
Sup Ikan Merah
sebelah kepala ikan merah (anggaran 500gm)
1 peket sup ikan adabi
4 biji bawang merah-diblender
3 ulas bawang putih-diblender
1 inci halis-dihiris-diblender
1 biji tomato-dipotong 6
1 batang saderi (saya tak masukkan sbb tak ada)
sedikit minyak untuk tumis
Garam secukupnya
1000ml air
daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.
Cara-caranya:-
- Panaskan minyak. Tumis bahan diluar bunjut bersama dengan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
- Masukkan air dan sup bunjut
- Apabila air sudah mengelegak, masukkan ikan, saleri dan tomato. Masak sehingga 8-10 minit.
- Kemudian masukkan garam secukup rasa.
- Angkat dan hiaskan dengan taburan daun sup dan bawang goreng.
Dalam bulan-bulan
puasa nie dah tak ada masa nak hias-hias bebagai. Masukkan dalam
pinggan/mangkuk dan terus ambil gambar. dah tak kisah fotogenik ketidak. sup
saya simple...yang penting lawannya dengan sambal tomato dan ikan masin.
Memang laju je makan.
Masa nielah teringat kat mak. Kalau kat rumah mak....bolehlah mengada-gada suruh mak masak itu ini.
0 comments:
Post a Comment