Petang semalam
teringin nak makan masakan yang berkuah....kosong dan tak melibatkan santan.
Sejak bulan puasa nie cepat lak habis stok santan kotak tu dan kerap lak gi
tengok muka lelaki india yg jaga kedai runcit kat apartment nie utk beli
kelapa. petang nie nak buat sesuatu yg plain saja....so saya buatlah mee
rebus ala terengganu versi adik perempuan saya. Masa singgah Tesco terlupa
beli fish cake n fish ball so singgahlah kat Bintang Supermarket.....tapi
bila tengok keadaan fish cake/fish ball kat situ terus meloya tekak.....so
belilah chicken ball ayammas....ball jugak ganti fish ball.
Ini hidangan kegemaran anak-anak saudara saya yang kat Terengganu....dia orang tak pandang kalau buat kuih2 nie....sentuh pun tidak...tapi kalau buat mee rebus nie, berpinggan boleh habis....masakan berkuah macam singgang, sup, sayur air, yang rebus2 kosong tu laku sungguh kat rumah adik saya tu. Mereka tak macam kami yg suka kari @ gulai (orang utara kan).....hari2 kena ada kari...hari nie kari ayam, esok ikan, lusa kari daging, pastu tukar balik kari ayam dan seterusnya. Lepas adik saya kahwin dengan org Tganu dia kena tukar habit....masak singgang sokmo. Mee rebus nie dia yang ajar....sebab laki dia suka makan macam tu.
Dalam keluarga kami kalau time berbuka kuih muih kena ada.....sbb masa kami kecil, mak buat kuih meniaga kat bazar ramadan so every day ada saja jaudah kuih yg mak buat atau yg disedekahkan oleh peniaga2 kat bazar bila dah nak magrib. Mak bagi kuih jualan mak yg tak habis mereka pulak bagi kuih/masakan jualan mereka yg tak habis....bila sampai rumah penuh meja dengan kuih dan manisan. Sebab tulah sampai sekarang saya kena ada kuih atau manisan klu nak berbuka wp duduk bujang. Rasa tak lengkap kalau tak ada.
Semalam buat mee rebus nie.....bubuh banyak halia, lada hitam dan bawang putih...makan pulak dengan lada kicap...fuhhhh sedapnya. Masa berbuka puasa .....mee rebus, sahur pun mee rebus.....petang nie pun kena mee rebus jugak lah nampaknya sbb banyak pulak balance kat dalam periuk tu. Saya dah pernah postkan resepinya kat sini....kalau nak mencuba.

Nie gambar tanpa
kuah sbb lagi 15 minit nak berbuka...takut kembang pulak mee tu. Kat
belakang dia tu rock melon dan kuih pulak hari nie adalah karipap yang
dibeli kat Ikea. Kat Ikea tu bukan saja jual perabut....peralatan rumah tapi
kuih raya pun dia jual jugak. Kuih raya dia sedap tau....satu bekas RM10
saja....ada tat nenas, almond london, kuih suji...macam2lah. Sykt yg buat
kuih raya tu adalah syarikat org cina...pandai depa cari duitkan....semalam
masa nak berbaris utk bayar...setiap orang kurang-kurang 5 pek mesti ada kat
trolly.....wp RM10 tapi sedap tu yg depa pakat beli. Saya tak pernah beli
lagi cuma kawan2 yg tiap2 tahun borong kuih raya Ikea kata
sedap.
5 comments:
Salam bdaria,
macam mana rupa kuah mee rebus terengganu ni..mula2 ai ingat yong taufu..sebab ada macam dalam mangkuk tu :) ni kira something different for me lah ..
Yat, mee rebus nie lebih kurang macam mee sup jugak tapi dia banyak pakai halia, lada hitam dan bawang putih. Ini versi adik saya lah sbb dia selalu buat...suami dia yg ajar. Bila u serve internet...banyak versi mee rebus tganu yg u akan jumpa
salam bdaria.. sy kalau buat mee rebus suka letak homemade fishball.. lg sedap sbb air ikan tu yg menyedapkan rasa kuahnya.. lg sedap kalau guna ikan selayang.. ada nor letak resipi kat blog atas tajuk mihun rebus ala kampung
Ok thanks dear...Yat ingat kuah dia macam mee rebus biasa yg pekat2 tu..nanti ai check :)
K.Nor nanti boleh saya cuba buat fish ball sendiri. mee rebus nie paling best kat fish ball & fish cake lah.
Post a Comment