Satu lagi biskut
yang sempat dibuat sebelum bekalan air tiba2 terputus di kawasan kami.
Selepas disiarkan di Aduan Rakyat TV3, keadaan bekalan air tidak putus-putus
dan kami berharap agar ia dapat berlanjutan sehingga selepas raya sebab masa
nie semua ahli keluarga akan pulang berkumpul di rumah Pahang. Malang
sungguh apabila hari ahad air tiba-tiba terberhenti sehinggalah ke malam
selasa. Pagi tadi semasa saya nak bertolak balik pun bekalan air masih
tiada....hanya datang sekejap sahaja pada tengah malam semalam. Kepada YB,
kami tak perlukan konsert percuma anak lelaki YB bersama artis2 AF tapi kami
mahukan bekalan bersih sahaja....kami dah penat hidup lebih 30 tahun tanpa
air. Kenapa perlu TV3 yang membela nasib kami bukan
YB.
Sebenarnya geram sungguh dengan keadaan ini.....selalunya bila ini terjadi kami semua akan tinggalkan rumah Pahang selepas raya ke 2, tak sanggup nak bercatu air....anak saudara dah makin bertambah....masih kecil2 lagi....yang baby...yg berusia kurang 4 tahun ada 3 orang....budak2 sebesar ini memang perlukan air yang banyak. Kerana mak yang masih sayangkan rumah arwah ayah maka kami semua berkumpul disini....inilah kampung halaman kami....kami lahir dan membesar disini.
Oklah melalut pulak pasai air....sebenarnya sedih sangat bila tinggalkan rumah tadi...mak nampak macam frust aje....yelah dia nak semua anak2 dia berkumpul tahun nie dengan gembira. Oleh kerana keadaan kekurangan air nie maka mak saya buat keputusan untuk pulang ke Kedah selepas raya ke 2 bersama dengan adik saya yg ke 2 dan saya pula akan batal cuti dan balik bertugas awal lah. Adik saya yg lainpun tidak akan menyambung cuti....hari isnin selepas raya semua akan mula kerja.
Semperit kelapa nie sangat sedap...ranggup je. Sebenarnya warna semperit kelapa nie agak kekuningan tapi entah mengapa bila gambar diambil ia kelihatan putih pulak. Kalau tengok sapuan telur merah tak rata ......itulah keadaanya bila kekurangan tools kat rumah nie. Berus pun tak ada...kedai kampung kat sini bukan jual benda2 tu semua. pakailah apa yang ada....rupa tak penting asalkan sedap cukuplah....cerewet sangatkan....langsung tak boleh buat apa. Inilah resepinya:-
Semperit kelapa
photo n publish by resepidaria.blogspot.com
sumber: Festive Cookies by Chef Asma
Bahan-Bahannya:-
Bahan A
250gm mentega
180gm gula kaster
1/4 sudu teh perisa vanila (klu tak ada guna esen vanilla)
Bahan B
1 biji kuning telur
Bahan C (diayak bersama)
350gm tepung jagung
50gm tepung gandum
secubit garam
2 sudu besar tepung kastard
100gm parutan kelapa kering - dipanggang
Hiasan
kuning telur, ceri merah dan hijau
Cara-caranya;-

- Pukul bahan A sehingga ringgan dan kembang
- Masukkan kuning telur. Pukul sehingga sebati
- Masukkan bahan C. Pukul perlahan-lahan sehingga menjadi doh
- Ambil 1 camca teh doh dan bulatkan. susun didalam loyang pembakar. Sapu dengan kuning telur dan susun ceri merah dan hijau
- Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150C
(bergantung kepada oven anda....oven saya 175 C) selama 15-20
minit
0 comments:
Post a Comment