Sunday, August 1, 2010

Pulut durian

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Lebih 5 tahun saya berada di Kelana Jaya tapi saya tidak pernah sekalipun pergi ke pasar tani Shah Alam. Saya banyak membaca cerita2 berkenaan pasar ini tapi tak pernah lagi jejakkan kaki ke sini. Minggu lepas entah mimpi apa saya pergi ke pasar tani.....tapi tak habis pusing sbb pergi dah lewat dekat jam 10 baru sampai. Saya banyak beli makanan saja....bila tengok tempat yg jadi tumpuan maka saya beli makanan kat situ...bila balik rumah semuanya tak sedap. Nasi lemak jugak tak begitu sedap...sedap lagi nasi lemak kat pasar malam kat stadium FAM. Laksa...langsung tak rasa macam laksa Penang. Hanya satu sahaja yang saya suka iaitu akok.

Pagi nie saya pergi lagi ke Pasar Tani tu, kali nie saya keluar awal pagi jadi saya dapat parking kereta dekat sikit dengan pasar. Kali nie saya tak beli banyak makanan tapi lebih kepada sayur dan ikan. Saya beli 2 biji durian....sebiji RM10. Isi durian nie cantik....wp agak mahal tapi ok lah sbb kalau setakat nak makan beberapa ulas.


Saya tanak pulut dan makan bersama santan dan durian. Tak payah resepi lah kan sebab masakan nie senang je. Tanak pulut sehingga masak. Ambil sedikit santan segar dan masukkan sedikit garam. Kemudian tuangkan santan tadi atas pulut dan makan bersama dengan isi durian. Arwah datuk saya dulu kalau dia makan pulut durian nie dia akan gaul durian dengan pulut sampai sebati. Arwah nenek pulak akan membebel sbb dia kat geli tengok cara arwah atuk makan.


Kali kedua nie saya pusing sampai habis semua gerai2 yang ada disitu. Oleh kerana parking dekat, saya simpan semua barang belian di bonet kereta dan kemudian pusing setiap gerai yang ada. Uhhhh macam-macam ada...jika anda pengemar pinggan mangkuk kat sini ada pinggan lama2 yg dijual, ada barangan kereta, ada pokok2 tumbuhan yg tak pernah tengok....tapi yang pasti banyak barangan dari Bandung Indonesia dijual disini. Kalau bawak anak2 kat sini pasti kat tangan mereka akan ada satu mainan...tak lepas.


2 comments:

Jiya said...

amboii.. suma dapo dok tayang doyan ni. kang jiya tayang kulit doyan baru tawww! hehehe

bdaria said...

Baik tayang cepat Jiya...bila posa dah tak laku doyan tu.