Dalam tahun 2005, aku masuk kelas "hand on" untuk cara-cara membuat roti. Aku
hanya berpeluang praktis dalam kelas sahaja. lepas tu resepi tersebut simpan
dalam fail. Hari nie sbb nak test oven Fagor nie, aku buat roti....ilmu yg aku
tinggalkan 4 tahun yg lepas.
Hasilnya, masih keliru nak adjust
celsius. Dalam katalog tulis untuk roti 200C, bila pasang 200C, belum 5
minit...roti dah perang...tiba2 pulak oven terpadam...ada signal masalah
fuis....hampir 4 minit betulkan oven barulah ia on balik. Memang menguji
kesabaran betul. Tukar kepanasan kepada 150C tapi bahagian bawah roti jadi
putih....memang sakit hati nak serasi dengan oven nie. Kesilapan aku sbb pasang
fuis tak betul...waranty 3 bulan sahaja so kena check lagi lepas pasang balik
fuis.
Masa kelas hand on tu, chef ajar 3 cara untuk buat sweet
bun
1. Sponge Method
2. Straight dough method
3. Boiled
Dough Bread - sesuai untuk roti sandwich/roti putih
Oleh kerana lepas
balik gym, jam dah pukul 12 so aku decide untuk buat sweet bun guna straight
dough method.
SWEET BUN (STRAIGHT DOUGH
METHOD)
BAHAN-BAHANNYA
500gm tepung roti/high protein
flour
75gm gula
1 biji telur
5gm garam
10gm
yis/mauripan
45gm susu pekat
5gm soft Pro - Kalau tak ade, tak payah
bubuh pun takpe bukan nak buat business
220ml air sejuk/air ais
50gm
butter/shortening
CARA-CARANYA
1. Masukkan semua bahan
kering pastikan garam dan yis tidak tercampur.
2. Gaul sebentar
kemudian barulah masukkan bahanlain seperti telur, susu pekat, air dan butter.
Pukul dengan doh hook selama 12 minit.
3. Biarkan doh rehat selama 30
minit.
4. Buat ketulan kecil seberat 60gm setiap satu. Untuk
business, 90gm.
5. Masukkan inti kesukaan anda dan biarkan doh naik
dua kali ganda (lebih kurang 45-60 minit)
6. Sapukan bahagian atas
dengan telur (2 biji telur + sedikit air)
7. Bakar dengan suhu 180C
selama 15 minit. sapukan dengan sedikit butter selepas dibakar supaya nampak
kilat.
Sweet Bun bulat
berinti kelapa, sweet bun berkelopak berinti kacang merah
Sweet Bun
berinti kelapa
Sweet Bun sosej
gulung
Buat doh memanjang, tekan hujung doh dan nipiskan dan letakkan
dihujung sosej... pusing doh sekeliling sosej hingga habis.
Sweet bun
berinti kacang merah
Sweet bun gaya
sanggul berinti kacang merah
0 comments:
Post a Comment