Semalam teringin sungguh nak makan sesuatu yang
berkuah rebus sahaja. Ini menu kegemaran saya bila bulan puasa terutama bila
dah tak lalu nak makan nasi. Mee rebus terengganu versi adik perempuan saya.
Saya pernah tanya kawan yang asal terengganu.....versi asal lain sikit tapi
asasnya samalah. Dah makan(lepas berbuka semalam) baru teringat nak ambil
gambar sebab tu kuah dia dah nampak ada lada kicap. Lada kicap penting
disediakan bersama dengan mee rebus nie.....kalau tak ada.....tak ummmp.
Manis kuah mee rebus nie datangnya dari banyak bawang putih, lada hitam dan
fish ball serta ayam dan sayur sawi. Saya paling suka makan sawi
organik....rasanya lain dari sawi biasa yang dijual walaupun harganya
mahal....satu pek kecil RM3 lebih.
Resepi mee rebus nie dah pernah saya publishkan kat sini dan sini.
1 comments:
kalau buka puasa kita pun suka sangat makan yang berkuah, bersup ...berselera!
sawi organik memang mahal sikit, tapi berbaloi untuk kesihatan kitakan...
Post a Comment