Kari Udang Harimau/Galah Bersama Tomato
Bahan-bahannya:-
3 ekor udang harimau/udang galah (400-500gm)
3 sudu makan serbuk kari
2 ulas bawang besar-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia-dihiris
100ml santan pekat
2 biji tomato-dibelah 6
3 sudu makan minyak untuk menumis
Garam
air asam jawa (jika perlu, saya tak masukkan)
Cara-caranya:-
1. Bersihkan udang dan belah belakang udang (kulit sahaja bukan sampai ke isi udang) untuk buang urat hijau, pastikan belahan itu dibuat dengan pisau yang tajam.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air sehingga jadi pes pekat dan masukkan kedalam periuk. Biarkan seketika sehingga ia pecah minyak.
4. Masukkan air dan santan, biarkan sehingga mendidih. Masukkan udang dan tomato. Masak lagi dalam 10-15 minit. Jangan lama apabila memasak udang supaya ia tidak liat.
5. Perasakan dengan garam dan tutup api.
Nota:-
- Saya tidak masukkan air asam jawa sebab masam dari tomato sudah mencukupi. Jika terlebih masam, ia akan menganggu rasa manis udang.
2 comments:
salam daria...selamat berbuka nanti ye...sedapnya udang masak kari...fav saya kari2 ni..hehhehe....berbaloi masak sendiri dari beli kat kedai mamak..kalau beli dah siap masak tah berapa lak rega dia..hehehe
Assalam Bdaria,
memang udang harimau mahalkan, kalau di sini udang harimau ternak murah sikit dalam RM25-30 sekilo, tapi kalau laut punya memang sampai RM50... tapi memang sedaplah yang dari laut!
Post a Comment