Petang semalam saya masak kari udang harimau...oleh kerana udang harimau berkolesterol tinggi (140mg bagi seekor) maka saya goreng peria katak sebagai gandingan. Memang satu gandingan yang menyelerakan...sayur yang pahit digandingan dengan masakan berlemak. Nasi yang sepatutnya diambil hanya 1/2 cawan sahaja jadi double gara-gara peria katak nie. Resepi simple saya...nak letak jugak walaupun semua orang dah tahu buat.
Sayur peria katak
goreng
bahan-bahannya:-
2 biji peria katak, dibuang
biji dan dihiris nipis
1 sudu makan udang kering,
basuh dan toskan
2 biji cili kering-dipotong
kecil-kecil
1 ulas bawang
putih-dihiris
1/2 sudu makan sos
tiram
sedikt air
sedikit garam
sedikit minyak untuk
menumis
Cara-Caranya:-
1. Peria katak yang telah
dipotong nipis direndam dengan garam (1 sudu makan) selama 1 jam untuk
kurangkan pahit peria.
2. Basuh semula peria yang
telah direndam untuk hilangkan garam
3. Panaskan minyak, dan
goreng bawang merah, bawang putih, lada kering dan udang kering sehingga
naik bau. Masukkan peria katak, sos tiram dan air.
4. Masukkan garam dan
angkat.
1 comments:
memang diet yang seimbang!
Post a Comment