Inilah aktiviti saya hari
sabtu semalam.....maraton buat biskut raya. Harapkan hujung minggu ajelah
nak buat biskut pun...sabtu depan dah balik kampung so dah tak boleh buat
biskut lagi.
resepi dari buku Festive Cookies, Chef Asma
Photo & Publish by resepidaria.com
Bahan-bahannya:-
Bahan A
250gm mentega
200gm gula kastor
Bahan B
1 biji kuning telur
1 sudu teh perasa vanilla
Bahan C (diayak bersama)
450gm tepung jagung
3 sudu besar susu tepung (rata)
3 sudu besar tepung gandum (rata)
Ceri merah dan hijau-potong kecil
Cara-caranya:-
1. Kacau mentega dan gula kaster sehingga ringgan dan kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur, vanila esen. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan C dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi doh
4. Picitkan doh keatas loyang pembakar dengan acuan bunga semperit dan hiasi dengan ceri merah dan hijau
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit (sy bakar dalam 12-15 minit sahaja)
Nota:-
- Sukatan dalam resepi nie amat tepat, anda akan mendapat doh yang sempurna....iaitu tidak lembik atau keras sehingga susah nak tekan dalam acuan samperit.
0 comments:
Post a Comment