Kuih keria mengunakan keledek kuning nie entry
tertunggak. Buat pada hari jumaat lepas.....saya hanya buat dengan
mengunakan seketul keledek lebih kurang 300gm sahaja. Seperti biasa kalau
buat kuih keria.....saya suka jika tepung yang dimasukkan dalam doh adalah
sikit supaya bila makan rasa keledek itu lebih terasa. Kalau kita beli kat
gerai kuih selalunya campuran tepung banyak dan dia letak ibu roti supaya
lembut. Resepi kuih keria adalah seperti yang pernah dipostkan disini dan disini.
Ada pengunjung blog ini berkata apabila beliau ikut resepi diatas mengapa doh lembik dan melekat pada tangan. Bila kita memasukkan tepung sedikit memang doh lembik sikit dan melekat pada tangan sebab itu apabila membuat kuih keria saya selalu sediakan sedikit minyak masak dalam piring dan kemudian sapu sedikit pada tapak tangan dan kemudian bulat-bulatkan doh. Apabila hendak buat lubang di tengah-tengah doh, saya akan celupkan jari telunjuk kedalam minyak yang disediakan dan kemudian lubangkan doh tersebut. Jadi doh saya tidak melekat ditangan.

Faktor mengapa doh anda terlalu lembik adalah
terlebih rebus ubi keledek. Pastikan anda tidak terlelu lama merebus keledek
sehingga ia lembik dan berair. Guna hujung sudu untuk cucuk keledek yang
direbus.....jika tekan masih keras....biarkan lagi kemudian dalam 5 minit
tekan lagi keledek....jika keledek dah lembut terus angkat dan toskan air.
Biarkan air tersejat dari keledek dalam 5-10 minit sebelum keledek ditumbuk
lumat.
Kuih keria saya tu terlebih perang......inilah
yang berlaku bila tinggalkan kuali atas api sekejap. Gula yang disira pulak
terlebih sebab bancuhan sikit iaitu 300gm sahaja tapi saya guna 2 sudu makan
gula untuk menyira.....ia sepatutnya 1 sudu makan dah cukup.
4 comments:
saya pun suka kuih keria yg byk ubi dari tepung..memang cam gitu la dohnya lembik skit kalau tak byk tepung ni....lain kali saya nak cuba tips awak tu..guna minyak tuk mudah bentuk kan ia...terima kasih ye....:)
salam Bdaria,
Lama tak komen..
Saya selalu fail time nak sira kuih keria. Samada kuih saya akan melekat pastu jadi xcantik. Kena tunggu gula benar2 kering ke? Biasanya bila gula dah kekuningan saya cepat2 masukkan kuih tapi still xjadik. So saya dah malas nak buat kuih ni huhuhu
Salam Anonymous,
Susah saya nak terangkan dengan perkataan....nanti saya buat entry bergambar untuk tunjukkan pada anda ok.
Terima kasih Daria.
Anon tu saya ekceli :-D
Post a Comment