Hujung minggu lepas buat
pertama kalinya saya menerima tetamu yang ramai yang datang untuk berkunjung
kerumah baru saya. Bermula dari pagi sabtu, adik saya dan isterinya datang
lebih awal sebab adik ipar saya minta ajar buat biskut raya......lepas tu
saya dan adik ipar sama-sama menyiapkan hidangan berbuka sebab keluarga mak
cik akan datang untuk berbuka puasa dan bermalam dirumah saya.
Bila tetamu datang bertandang
dirumah orang bujang yang serba kekurangan memang agak kelam kabut jugak
dibuatnya. Saya menyediakan hidangan simple sahaja sebab mak cik dan pak cik
saya adalah pengidap penyakit kencing manis yang agak kronik. Puas jugaklah
saya fikir apakah yang perlu dimasak supaya pesakit kencing manis dan bukan
pesakit boleh makan hidangan yang sama.
Saya menyediakan ikan kukus
dan sayur sawi rebus untuk mak cik dan pak cik manakala roti jala, kari
ayam, tart buah dan sotong goreng untuk sepupu-sepupu dan adik-adik saya.
tapi bila berbuka....saya tengok semua hidangan yang disediakan dimakan oleh
pak cik dan mak cik saya. Bertambah-tambah pak cik saya makan roti jala
dengan kari ayam. Mujurlah roti jala tu saya buat mengunakan susu cair so
tak adalah ralat sangat bila tengok dia makan banyak. Mak cik dan pak cik
saya bukanlah orang yang berpendidikan tinggi dan tidak pernah access kepada
internet jadi pengetahuan dalam penjagaan makanan sihat atau makanan yang
kurang manis dan garam tidak dititikberatkan. Mereka berdua nie pengidap
sakit 3 serangkai. pak cik saya adalah pesakit yang paling kronik sebab
kencing manis dan darah tinggi, beliau kehilangan sebelah mata dan lumpuh
separuh badan......pertuturan pun tidak jelas.
Ikan siakap kukus bersama
cendawan. Resepi saya pernah postkan dahulu iaitu disini
Tarlet buah-buahan.....saya
guna acuan besar. Seorang 2 ketulpun dah sangat kenyang. Adik sepupu saya
siap mintak resepi lagi....sedap dan gebu je kuih tart tu. Resepi saya dah
perbak postkan iaitu disini.
Talam Peanut Butter nie saya
buat sebagai bekalan kepada tetamu saya apabila mereka pulang dalam jam 3
petang hari ahad supaya ia boleh dijadikan hidangan berbuka. talam nie
dibuat apabila adik saya kata dia akan berbuka di tahfiz Al-Quran dan nak
bawak sedikit buah tangan. Adik lelaki saya minta saya buat talam Seri Muka
tapi beras pulut tak ada so saya tukar kepada talam peanut butter. Gambar
diatas hanya separuh sahajalah sebab ia dah dipotong-potong dan dimasukkan
dalam bekas.
Tinggal ini shajalah untuk
saya berbuka puasa. Selepas semua tetamu saya balik dalam jam 3.....saya
mula terasa keletihan. Saya dah tak fikir untuk mengemas rumah atau
menyimpan semua pinggan-mangkuk, tilam dan bantal yang telah
dikeluarkan.....yang saya nampak adalah katil saya. Terus masuk tidur
sehinggalah terjaga semua dalam jam 6.15petang. lepas mandi dan
sembahyang.....saya hanya duduk di sofa sebab keletihan masih belum hilang.
Dalam jam 8 malam barulah saya goreng mee bagi dijadikan makanan berat saya.
0 comments:
Post a Comment