Roti saj dimakan bersama
dengan kari kepala ikan merah adalah menu berbuka saya pada hari jumaat.
Sedap dan mengenyangkan....saya buat separuh dari bahan dibawah dan dapat
dalam 5 keping....makan 3 keping pun dan betul-betul kenyang.
Roti
Saj
Sumber: Kak Rusnah FB
Resepi diambil dari:
disini
Bahan-bahannya:-
1 sb yis
mauripan
1 sb
gula
1 1/2 cawan air
suam (saya tak masukkan semua)
3 1/2 cawan
tepung gandum
1/2 st
garam
sedikit
minyak
Cara-cara membuatnya:-
1. Campurkan yis, gula dan satu cawan air suam,
biarkan ia berbuih sebentar
2. Masukkan tepung gandum dan garam. Uli dan
tambah baki air suam sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi seketul
doh yang tidak melekat ditangan.
3. Selesai uli, rehatkan selama 1 jam. Tutup
dengan plastik.
4. Selepas direhatkan sejam, uli sekali lagi
doh dan bahagikan kepada 8-10 ketulan kecil.
5. Bulat-bulatkan dan salut dengan sedikit
minyak/tepung
6. Ambil seketu dan canai membulat. Jangan
nipis sangat....biar tebal sedikit.
7. panaskan kuali dan letakkan doh. Guna api
perlahan. Tutup kuali dengan penutup
8. Masak lebih kurang 3-4 minit bagi setiap
belah roti saj.
9. Angkat
dan teruskan dengan baki doh yang lain sehingga habis.
0 comments:
Post a Comment