Tuesday, September 14, 2010

Dah habis bercuti

Saya dah masuk kerja hari nie.....sepatutnya semalam tapi disebabkan tayar kereta belah kiri dibahagian depan dah rosak teruk maka tunggulah hari isnin...workshop bukak maka terbanglah kat RM400 tukar tayar 2 biji dengan rim sekali......adik lelaki saya garu kepala tengok tayar kereta saya....ganas no yong bawak kete sampai rim tayar kemek. Petang isnin baru bertolak balik ke KL dan pagi nie gi kerja. Sunyi sepi je jalan raya....sampai kat ofis rasanya kereta saya sorang je yg masuk ke bangunan 20 tingkat tu.....tekan lif naik ketingkat 17 untuk punch card. Tengok boss sorang kat sofa tengah baca suratkhabar dan dah tentunya tentang berita sensasi waktu ini. berbual dengan boss kejap....dah tentunya pasai jutawan susilawati (Ya Allah.....ampunkanlah dosa mereka dan tempatkanlah mereka ditempat orang yang beriman....amin).
Masuk pantri kejap....masak air dan buat milo. bukak plastik bahulu dan cicah dengan milo panas. tu sarapan saya pagi nie. Letak balang2 kuih raya atas meja kat pantri untuk dijamu kepada rakan-rakan sekerja yang bekerja hari nie. Kat ofis pagi nie hanya ada rakan sekerja berbangsa cina dan india sahaja depa pulak kat tgkt 16.....waaaaaaa sunyinya... Kat tingkat 15 yang luas nie hanya saya sorang je....pasang radio kuat2.
Sorrylah...ingatkan naklah masuk sikit cerita-cerita berkenaan dengan raya tapi kamera tertinggal kat kampung so tak de gambar...tak best cerita tanpa gambarkan. Mak saya dengan adik ke 2 dan anak2nya tengah bergumbira kat kedah nun....makkkkk.....nak ikutttt.
Raya bagi saya tak adalah apa-apa istimewa sangat kecuali hanya satu hari yang mana semua adik2 saya dan anak2 saudara dan mak berkumpul. Rumah saya yg kat Pahang nie..... yang sebelum nie sunyi sepi jadi riuh rendah dengan jeritan suara anak2 saudara. Saya dengan sukarela ambil tugas jadi tukang hidang dan menyambut tetamu kat rumah dan tolak tawaran adik2 untuk berjalan raya kerumah jiran dan rakan2 sbb seperti biasa soalan cepumas akan ditanya kepada saya. daripada dok rewind jawapan yang sama setiap tahun maka tahun nie saya dok kat umah ajelah layan budak2 datang beraya....senang cerita....budak2 tu tak reti nak tanya soalan 'kenapa tak kahwin lagi'. mak ajak balik kedah tapi saya tolak dengan berbagai alasan...tayar kereta rosak....cuti tak apply pun sbb mak tak cakap awal....mak tak ajak pun....tapi yang sebenarnya malas nak reka jawapan yg hendak diberikan kepada saudara mara kat kampung tu....jenuh pikir...dua tiga malam berfikirpun belum tentu dapat jawapan yg memuaskan hati mereka.....
Pengalaman raya....budak2 sekarang nie demand betulkan....oleh kerana ada 6 biji kereta parking kat depan rumah maka mereka expect banyaklah duit raya boleh dapatkan....bila saya hulur sampul duit raya...depan2 saya mereka terus bukak sampul dan bila tengok ada RM1 dalam tu....direct je mereka saund kat saya ' seringgit jeeeeee....kedekut betul'. Sabar ajelah....adik oiiii....akak habis kat RM1000 untuk duit raya saja adik oiiiii. bonus tak de tahun nie dik oiiiii. kena jimat cermat....lagipun bila dapat duit raya banyak2 nanti engkau orang beli mercun lepas tu tala kat umah akak sampai kucing kat umah akak nie dah meracau sbb terkejuzzz dengan bunyi bising mercun engkau orang.
Datang beraya bukan nak makan makanan yang dihidangkan....bila kita ajak duduk kat meja makan hidangan....mereka buat muka boring....mencebik mulut...anak sapalah yang tak tau adap nie....boring dengan kerenah mereka saya terus bagi duit raya dan bila dapat duit mereka terus keluar.....tahun depan nak tunggu depan pintu ajelah pastu bagi duit raya je...tak payah buat kuih muih bebagai.....buat penat je.

1 comments:

Anonymous said...

saya baru jer baca entry nie..
psal balik kg,
klu nak citer mulut org, dah naik kering air mata nie nangis.
bile belum kawin, asyik2 tanya bile nak kawin
nie dah kawin, dah hampir 9thn, masih blm ada rezeki anak.
maka soalan yg mnyakitkan hati slalu keluar.
bile nak dpt anak? rugi tak dpt anak awal2.
saya ker yg merancang? walhal yg tanya tu majoriti yg beragama islam yg mudah lupa semuanya atas dan kehendak YanG Maha Esa.
takpe...
bdaria, smoga thn ini dan sterusnya hidup awk dipermudahkan n cepat2 dpt jodoh dan smoga thn nie juga memberi rezeki yg saya inginkan sejak awal perkahwinan
AMIN..