Masakan yang simple yang kami buat ketika jamuan hari raya korban di Tahfiz.
Selepas proses menyembelih lembu habis dilakukan maka lembu2 tersebut di bawa ke
khemah untuk proses melapah beramai-ramai. Seorang pelajar membawa 2 ketul hati
lembu yang masih fresh dan masih hangat lagi ke dapur untuk dimasak. Inilah hati
lembu goreng kunyit yang berada didalam kuali.
Setakat goreng
kunyit semua orang tahukan so tak perlulah beritahu lagi bahan-bahannya. Cuma
beberapa tip yang saya dapat masa masak nie. Tip dari mak. Hati lembu dipotong
nipis akan digaul rata dengan garam dan kunyit. Sedikit minyak dipanaskan dan
goreng hati tersebut dengan api sederhana sehingga kering air. Jangan tambah air
semasa mengoreng, air akan keluar semasa mengoreng dan biar air ini betul-betul
kering sehingga tinggal minyak yang dimasukkan pada awal
tadi.
Selepas itu angkat hati tersebut. menggunakan kuali yang sama,
masukkan sedikit minyak dan tumislah bawang putih, halia muda, bawang besar,
lada besar. Bila sedah naik bau, baru masukkan kembali hati tadi. Gaul sebati
dan masa ini masukkan bahan perisa yang anda gemari. Aku hanya masukkan sedikit
kicap manis.
Ini pula adalah singgang daging. Daging yang masih baru
dimasak singgang memang sedap. Dimakan pula dengan budu. Hidangan simple ini
dimakan selepas semua penghuni dan tetamu jemputan pulang dari sembahyang
jumaat.
Niat dihati
hendak memasukkan gambar-gambar semasa korban dijalankan tetapi server nie buat
hal. Untuk download 2 gambar diatas memakan masa selama 2 jam. Memang menguji
kesabaran betul bila mengunakan Celcom Broadband RM68 sebulan nie.
0 comments:
Post a Comment